Tuesday, June 21, 2011

Anis rindu nenek. Nenek !! Terima kasih untuk semuanya.

Malam ni boring sangat. Tak de apa yang aku nak buat. Rutin yang sama setiap hari. Bak kata orang "biasalah, standed budak sekolah." Apaadehal lah. Aku memang budak sekolah pun. Tadi tetiba ada keluar satu dokumen tentang gambar. YA ALLAH !! gambar-gambar aku dengan arwah nenek.

Dah lebih 100 hari nenek pergi tinggalkan aku dan lain-lain. Kehilangan nenek memang terasa sangat. Masa arwah atok belah abah meninggal dulu. Aku tak macam ni pun. Boleh dikatakan relax je. Tapi nenek ni. Susah sangat nak lupa. Dia ni bukanlah nenek betul aku pun. Dia ni pengasuh aku dari aku baby sampai la akhir hayat dia. Dia layan aku sama rata je dengan cucu dia yang lain. Aku dikatakan lebih kurang macam anak angkat dia. Nenek. Nenek. Nenek. 

Aku tidur dengan nenek. Aku makan dengan nenek. Aku mandi dengan nenek. Aku naik motor dengan nenek. Aku masak dengan nenek. Aku pergi pasar dengan nenek. Aku tengok tv dengan nenek. Aku siram bunga dengan nenek. Aku berebut channel tv dengan nenek. Aku berebut tudung dengan nenek. Aku buang air pun nenek yang cebokkan *masa kecik dulu. aku belajar ngaji dengan nenek. Semua dengan nenek. Ya Allah. Aku rindu saat manis itu. 

 Dari aku tiga bulan nenek yang jaga aku. Sampai sekarang aku nak nenek jaga aku. Tapi Allah lebih sayangkan nenek. Nenek dah pergi buat selama-lamanya. Sumpah aku cakap. Aku macam susah sangat nak lepaskan nenek. Nenek meninggal sebab insiden. Teruk. Kritikal. Kesian nenek. Aku ada dengan nenek masa nenek dalam ICU. Macam-macam wayar ada dekat tubuh nenek. Nenek dah lain dah masa tu. Masa tu dah bukan macam nenek yang aku kenal. Ya Allah. 

Yang paling aku terkilan sangat-sangat sampai hari ni. Satu benda. Aku tak boleh lupa. Nenek meninggal hari Khamis. Hari Selasa nya nenek tak de dekat rumah. Nenek pergi ziarah kakak nenek dekat hospital. Hari Rabu nenek koma. Yang buat aku terkilannya. Hari Isnin. Nenek ada masak ikan asam pedas. Nenek sengaja masak lebih. Nenek ingat aku nak datang makan. Tapi aku tak datang. Aku sibuk dengan aktiviti sekolah masa tu. Aku tahu nenek masak tu untuk aku pun sebab makcik aku yang cakap. Aku makan lauk tu hari Jumaat lepas nenek dikebumikan. Aku makan sambil nangis. Ya Allah. Lemahnya aku masa tu. Rasa bersalah pun ada. Terkilan sangat-sangat. 

Itulah lauk terakhir nenek yang aku makan. Lepas ni dah tak de dah orang yang nak masak sedap-sedap. Dulu masa aku tingkatan satu mama paksa aku sekolah asrama. Memang aku tak nak pergi. Aku dapat surat tawaran tu. Aku koyak. Lepas aku koyak. Aku terus lari pergi rumah nenek. Nenek dengar aku nangis. Nenek peluk aku. Nenek pujuk aku. Nenek yang tenangkan aku.

Barang terakhir yang nenek hadiahkan kat aku. Seutas jam casio. Cantik. Nenek bagi tu sebab aku dapat 4A dalam UPSR. Aku jarang pakai jam tu sewaktu hayat nenek masih ada. Aku sayang sangat nak guna. Aku takut calar. Nenek selalu tanya kenapa tak pakai. Bukan aku tak nak pakai. Aku sayang sangat. Kalau aku kumpul duit sendiri pun entah bila aku dapat nak beli sendiri jam yang nenek bagi tu. Sayang sangat dekat jam tu. Sampai sekarang aku jarang pakai jam tu. Kalau pakai jam tu mesti teringat nenek.

Dari kecik sampai la sekarang ni. Aku ni memang seorang yang malas. Degil gila. Kalau orang suruh aku buat itu ini. Memang aku malas. Masa aku kecik. Aku banyak kerenah. Ragam budak kecik tak tentu. Kejap nangis. Kejap suka. Kejap lapar. Kejap muntah. Kejap tidur. Semuanya nenek layan dengan sabar. Nenek memang seorang yang sabar. Sabar sangat layan kerenah aku dari kecik sampai akhir hayat dia. Aku tak pernah dengar nenek merungut kalau aku mintak sesuatu. Hari tu. Dah lama. Nenek beli kerabu mangga tapi sikit. Aku berebut dengan ayie *cucu nenek. Nenek sanggup bagi bahagian dia dekat aku. Baik kan nenek. Petangnya aku panjat pokok mangga sebab nak sangat kerabu tu. Lepas panjat tu. Nenek terus buat kerabu tu. Nenek buat selamba je. Tak bising pun. 

Pantai yang terakhir aku pergi dengan nenek. 




Aku menangis tengok gambar-gambar ni. Ada banyak lagi. Tapi aku tak sanggup nak upload. Aku buat entry ni pun sambil nangis. Saat-saat manis yang sangat beharga ni tak ternilai harganya. Kasih sayang yang nenek bagi dekat aku tak boleh disamakan dengan wang ringgit. Kalau masa boleh diundurkan semula. Aku nak duduk dengan nenek je. Nak hargai setiap apa yang dia pernah buat dekat aku.

YA Allah !! Aku tak kan kenal huruf alif ba ta. Aku tak kan kenal huruf hijayah. Aku tak kan pandai ngaji kalau bukan nenek yang ajar aku. Nenek yang ajar aku ngaji dari iqra', muqaddam sampai Al-Quran. Besarnya prngorbanan mu wahai nenek. Kalau bukan nenek yang ajar aku semua ni. Aku buta pasal Al-Quran. Nenek jugak lah yang suruh aku sekolah agama menengah muhammadiah pekan sabak tu. Kalau aku tak sekolah situ. Aku rasa aku tak jadi orang. Kalau nenek marah aku apa semua tu. Nenek bukannya benci aku. Aku paling tak suka kene marah. Tapi aku tahu. Nenek buat semua tu sebab nenek nak aku jadi orang yang berguna. Nenek selalu cakap "anis, belajar rajin-rajin. belajar sungguh-sungguh. Jadi orang yang berguna untuk mama dengan abah. Jangan tinggal solat. Sembahyang penuh ye. Buat sesuatu tu ikhlas ye. Kalau mama marah anis. Anis diam je. Jangan lawan. Hormat mama dengan abah."

Nenek !!
Anis rindu nenek sangat-sangat. Anis nak makan apa yang nenek masak. Tak de orang yang masak sama macam nenek. Nenek punya masakan paling terbaik. Nenek tak pernah masak guna ajinomoto. Nenek kata ajinomoto nenek "gula dengan garam je". Anis rindu nak makan sup ayam kampung nenek. 

Nenek !!
Terima kasih untuk semuanya. Dari anis kecik sampai umur anis 14 tahun. Nenek yang jaga. Anis tak tahu nak cakap apa dah. 

anis rindu nenek sangat-sangat !!
anis sayang nenek sangat-sangat !!

No comments: