Monday, June 13, 2011

Monday blues ?!

Hari ni dah start sekolah macam sediakala *sebelum dua minggu lepas. Pagi tadi memang liat gila lah nak bangun pagi. Dah bangun tapi dok menempek je atas katil. Tak nak lepaskan bantal pelok yang tercinta. Mak aku dah bising-bising. Tah berapa kali ntah dia sebut nama aku suruh bangun. Mak aku memang jenis panggil nama je kalau nak kejutkan orang. Agak-agak memang dah tak reti nak bangun baru dia gi gerak dengan tangan dia.

Aku pun bangunlah dengan keadaan yang kusut-masai serta kemalasan tahap impak maksima tu. Aku dah nak ambik tuala ni. Adik aku pulak dah bangun siap ambil tuala terus masuk bilik mandi. Aku yang baru je nak sentuh tuala tu terkujat tengok adik aku. Amboi kauu!! Tak pe. Tak pe. Aku redha sebab tengah malas gila nak mandi. Aku pun masuk bilik balik sambung tidur. Perghh~ nikmat derr sambung tidur. Tak tipu. Adik aku dah keluar dari bilik air tu. Aku dengan lemah longlainya pergi lah ambik tuala tu balik dan terus merangkak *tipu ke bilik mandi. Drastik kan? hahaa..

Dalam bilik mandi tu macam biasa lah kan berus gigi apa semua tu. Ehh kau ni, macam tak biasa pulak. Dah lepas berus gigi tu aku fikir nak mandi shower air sejuk ke air panas. Ada lah dalam 48 saat aku berfikir. Tak pernah-pernah aku berfikir dalam bilik air. Biasanya aku terus je bukak shower air sejuk tu. Tapi pagi tadi entah bidadari gedik mane ntah yang merasuk aku untuk mandi guna air panas. hahaaa. Dah lama gila tak mandi air panas. Sebab arwah nenek aku pernah cakap mandi air sejuk lagi bagus. So, aku amalkan lah mandi air sejuk. Jarang gila mandi air panas. Kalau buang tebiat je aku mandi air panas tu.

Nak cerita pasal dekat sekolah tapi malas pulak. Dah malam ni. Nak layan juvana sebab tadi tak tengok. Aku sibuk buat folio yang entah bilanye nak siap.

Pelakon utama juvana Zahiril Adzim kan yang Daim tu. Tetiba pulak aku minat dia. Dah pudar dah nak minat dekat Shaheizy sam a.k.a Tumulak ni. Aku curang kan. hahaahaa....

Makcik aku kata Isnin ni Monday Blues sebab mood isnin memang mood yang memang gila-gila moody, bosan, menyampah dan sebagainya.

No comments: