Sunday, June 26, 2011

Sedang Aku Rajin vs Aku Sedang Malas

Sedang aku rajin
homework aku tak banyak

Sedang aku rajin
homework aku tak de langsung

Sedang aku rajin
aku tak faham pelajaran itu

Sedang aku rajin
habis satu bilik aku kemas

Sedang aku rajin
basuh bilik air pun aku buat

Sedang aku malas
homework aku pulak banyak

Sedang aku malas
aku disuruh itu ini

Sedang aku malas
bilik macam sarang tikus pun aku biarkan

sedang aku malas
tidur je yang aku nak buat

Sedang aku malas
berak pun aku tak nak

Kenapa macam ni ? Lumrah manusia ke ? 

Sekarang aku tengah rajin tapi homework tu pulak aku tak faham. Jenuh aku revise balik apa yang aku dah belajar tapi aku tetap tak faham. Aku perlukan teman untuk buat homework. Bolehlah tanya apa yang tak faham. Bolehlah sembang kejap kalau dilanda tension. Bolehlah belajar sambil gelak gelak tak tentu hala. Tapi aku tak de kawan sekarang ni. Sorang-sorang je. Nak tanya mama abah aku. Dorang dah tak belajar ni semua. Nak tanya abang-abang aku. Lagilah. Menyesal je tanya. Nak tanya adik-adik aku. Rabak lah buku aku jawabnya.

2 comments:

Wani said...

haha .
betul2 , saya pun selalu macam tuu .
hihi

anis said...

lumrah manusia agaknye , haha