Wednesday, June 29, 2011

Untunglah ada orang sayang kau



Kelmarin kau cerita pasal dia
Semalam kau cerita pasal dia
Hari ni kau cerita pasal dia
Esok kau cerita pasal dia
Lusa kau cerita pasal dia
Tulat pun kau cerita pasal dia

Sekarang.

Dia paling kacak
Dia paling baik
Dia paling caring
Dia paling sweet
Dia paling hebat
Dia paling bergaya

Kalau sekarang kau cakap macam ni. Harapnya cakaplah ni sampai bila-bila. Jangan tukar orang pula lepas ni.

Jangan pula lepas ni jadi macam ni pulak ye.

Dia paling tak kacak
Dia paling jahat
Dia paling menyibuk
Dia paling gelabah
Dia paling tak hebat
Dia paling selekeh

Aku bukannya cemburu. Aku tak kisah pun dengan semua ni. Cuma nak cakap lelaki yang dengan kau sekarang ni tak confirm pun jadi suami kau esok lusa nanti. Lelaki yang dengan kau sekarang ni tak confirm pun boleh jaga kau sebaik mak bapak kau jaga kau. Lelaki yang dengan kau sekarang ni tak confirm pun boleh bahagiakan kau macam mana mak bapak kau bahagiakan kau. Lelaki yang dengan kau sekarang ni tak confirm pun boleh bagi kau sesuap nasi macam mana yang mak bapak kau dah bagi kau. Aku cuma nak cakap jangan cinta mati sangat lah dengan lelaki yang tak confirm jadi pasangan hidup kau.

Aku cakap ni tak de kena mengena dengan sesiapa. Aku cuma dengar orang bercerita. Dengarkan itu dan ini. Lihat sendiri apa yang berlaku di sekitar aku. Lihat itu dan ini. Semuanya guna deria yang Allah bagi dekat aku. Aku bukan nak cakap yang aku ni baik sangat. Tapi inilah pandangan dan pendapat aku. Manusia sekarang suka melebih-lebih dengan apa yang tak confirm jadi milik dia.

Sayanglah mak bapak kau orang dulu sebelum nak sayang orang lain.
Aku juga pernah begini dan aku tahu ini semua sia-sia.
Aku sayang mak bapak aku tapi aku tak pernah berikan mereka yang terbaik.
Kadang-kadang aku menyesal.
Fikirlah apa yang betul dan apa yang salah.
Belajar lah dari kesilapan yang lalu.

Untunglah kalau ada orang yang nak sayang kau macam mana mak bapak kau sayang kau.
Hargai mak bapak kau sementara mak bapak kau masih bernyawa.

p/s: Aku bukan nak mengutuk sesiapa. Sekadar pandangan aku.

2 comments:

Anonymous said...

Hi it's me, I am also visiting this web site
daily, this web page is in fact good and the people are actually sharing good thoughts.


My page: Lawn Pest Control Nanaimo BC

Anonymous said...

Thank you a bunch for sharing this with all folks you actually recognize what you're speaking
about! Bookmarked. Kindly additionally consult with my
site =).We will have a hyperlink trade agreement
between us

my site: battlefield cheats for pc (http://Alfa.ibercivis.es/)