Sunday, July 24, 2011

24 Julai hari aku . . .

Aku ingatkan kau yang pertama nak wish birthday aku.Aku harapkan kau yang pertama nak wish birthday aku. Aku nak kau yang pertama tapi tak de pon. Aku tunggu dari malam tadi. Aku sanggup tidur lewat sebab tunggu kau. Tapi kau tak de.

Bangun-bangun tidur je aku terus bukak facebook. Tak mandi tak ape. Aku nak cari kau. Kau ada tak wish dekat facebook aku. Tak de jugak. Hampanya aku. Hampa gila. Haritu sibuk tanya tarikh lahir aku. Ingatkan nak wish. Aku tak mintak hadiah pon. Aku mintak kau wish je. "Selamat Ulang Tahun". Dah cukup buat aku.

Kau buat aku tertunggu-tunggu macam orang bodoh depan skrin ni. Henpon cokia rokia aku berbunyi. Aku harapkan itu kau. Tapi .  . . Tak de satu pun mesej ataupun call dari kau. Aku memang macam orang dungu terkejar-kejar, kelam kabut bagai kalau henpon aku tu bunyi.

Aku tunggu sampai malam ni. Kalau tak de jugak. Tak pe lah. Aku bukan sesiapa agaknya bagi kau. Aku bukan kawan kau lagi agaknya. Tak mengapalah. Aku tetap menunggu.


















24 Julai hari aku.
Aku tetap tunggu Kau !!

No comments: