Saturday, July 2, 2011

Aku penat sekarang #semput kot

Hey, Aku dekat kelantan sekarang. Pagi tadi bertolak dari rumah pukul 9 pagi. Sampai kelantan 5.30 petang. Penat wohh. Punggungbontot aku sampai kematu dah ni. Nak hantar abang tersayang *sayang lah sangat* punya pasal. Aku gagahkan jugak la punggung aku ni duduk berjam-jam dalam kereta.

Mula-mula cari hotel yang aku booking online tu. Tak jumpa. Dah ahh bapak aku tengah penat. Memang takde mood lah kan petang tadi. Bapak aku kata book hotel lain je. Book lah hotel Renaissance hotel Kota Bharu. Kebetulan Perdana Menteri pun duduk hotel yang sama dengan aku ni. Entah ada apa entah dia dekat Kelantan ni. Banyak gila polis petang tadi. Nak pergi turun makan tadi pun ramai gila orang dekat lobby. Tapi tak jumpa pon PM tu. Nampak kereta dia je yang perdana tu. Hahaha.

Pergi makan tadi. Tetiba nampak hotel yang aku booking online tu. Wahh~ nak mencarut je rasa. Hotelnya belakang hotel yang aku duduk sekarang ni. Eeeee, bapak aku sampai geleng kepala. Hahaha. Biarlah. Asalkan dapat tidur malam ni.

Tadi teman abang aku pergi lobby dalam pukul 11. Abang aku ada benda nak print. Lepas setel semua tu. Nak naik bilik. Kad tak bawak pulak. Kad tu kene ada untuk naik lif. Kalau tak de kad nanti lif tak nak naik. Aku dah menjerit dah tadi dekat abang aku. Tak pasal-pasal kene guna tangga sampai tingkat 12. Tingkat 12 tahu. Bukannya tingkat 2 .

aku naik tingkat 12 guna tangga !!

Gila tak gila lahh kan. Sampai je bilik. Aku dah semput. Tercungap-cungap aku. Abang aku cool je. Dia siap cakap "aku boleh main bola lepas ni." Abang aku gila. Hahahaa.

sampai bilik je aku terus tangkap gambar #aku batak. Ok fine.

tetiba rindu kau pulak :'(

No comments: