Saturday, July 30, 2011

Cerita berus gigi 12 kali

Suatu hari, seorang doktor wanita yang cantik masuk ke Kampung Cempedak untuk melakukan kajian kesihatan ke atas penduduk kampung tersebut. Bila semua penduduk sudah berkumpul di dalam dewan, doktor tadi mula bertanya.

Doktor : Menjaga kesihatan haruslah bermula dengan kebersihan gigi. Jadi pakcik-pakcik di sini gosok gigi berapa kali sehari?

Pak Cik Meon : Bagi pakcik cukuplah sekali sehari.

Pak Cik Dean : Sekali saja? Saya tiga kali sehari.

Doktor : Bila waktu pakcik gosok gigi?

Pak Cik Sudin : Pagi, tengah hari dan sebelum tidur.

Seorang lagi pakcik bangun dan berkata . . .

Pak Cik Rahmat : Saya gosok gigi 12 kali.

Doktor : Wah ! Banyaknya. Masa bila pakcik gosok gigi tu?

Pak Cik Rahmat : Januari sekali, Februari sekali, Mac sekali, April sekali , bla. . . bla . . . bla . . . bla . . .

Doktor : @#$%!!#@#

2 comments:

Wani said...

haiyooo .
melampau tuuu , haha

anis said...

haha , tu bru style agknye ,