Saturday, July 9, 2011

Dah tak seronok, nak buat apa ?

Minggu ni sekolah, tak best. Tak best langsung. Isnin Selasa aku dah ponteng. Kalau aku tahu sekolah tak best aku nak je ponteng seminggu. Tapi aku pikir gak minggu depan nak ujian. Tak kan tak nak tahu jadual kot kan. Pastu aku pikir alasan apa nak bagi dekat cikgu. Jadinya, aku pergi jugak la ke sekolah.

Aku rasa minggu ni minggu sekolah yang paling tak best. Tak pasal-pasal aku moody memanjang. Aku tak suka minggu ni. Tak suka gila. Aku nak cakap dengan orang tapi aku tak tahu nak cakap apa. Aku rasa aku ada masalah tapi aku tak tahu masalah apa. Aku rasa aku nak nangis tapi tak tahu sebab apa aku nak nangis. Pelik kan aku.

Aku ni kalau sehari tak bercakap tak sah. Orang kalau dah mulut becok macam murai dicampak mana-mana pon hidup jugak kan. Macam tu lah aku. Tapi tak semua orang boleh suka dengan cara kita. Ada je yang tak kene. Lebih baik aku diam.

Apa yang aku hilang sebenarnya ni ?
 Aku pon tak tahu.

No comments: