Tuesday, July 5, 2011

Gila kau tak penat. Penat ni.

Semalam aku bertolak dari Kuala Terengganu pukul 6 petang. Singgah sana singgah sini. Sampai Pahang dalam pukul sepuluh ke sebelas malam macamtu kan. Dah malam mesti ngantuk kan. Bapak aku dah berapa kali berhenti pun aku tak tahu. Last-last sampai rumah pukul 7 pagi tadi. Yeayyy!! Aku tak sekolah lagi hari ni. Hahaa.

Mak aku sibuk nak cari sampin untuk abang-abang aku. Untuk raya katanya. Aku iyakan je lah. Lama kot mak aku pilih. Bosan gila tunggu. Aku ngan adik aku merayap ahh sekitar Pasar Payang tu. Bosan tak bosan lah kan.

Batik dekat sini memang lawa-lawa. Kalau corak dah lawa. Harga pun lawa lahh kan. Tak sanggup aku nak beli. Mahal gila. Kalau nak beli pun nak pergi mana pakai baju memahal cenggini. Setakat pergi pasar malam pakai baju tidur pun boleh kan.

Mak aku pergi cari sampin. Aku dengan adik aku sorang ni sibuk cari penyu. Hahahaa. Adik aku nak yang besar tapi mak aku tak kasi. Geli kot besar-besar ni. Adik aku yang pakai baju oren tu memang spoil.


Adik aku berkopiah. Semangat dia pakai kopiah ni. Baru beli terus pakai. Adik aku ni dah tak comel sebab dia dah besar. Dah 6 tahun. Kalau dulu zaman muda-mudi dia. Dialah paling comel. Sekarang dah besar dah tak comel. Hahaha.


Aku perasan diva. Hahaa.

Aku penat tapi tetap senyum. Hahaa. Cool tak ? Cool tak ? *mintak penyepak selaju yang boleh*

Pagi tadi terjaga dari tidur dalam pukul 5 pagi. Masa tu dah dekat Kuala Selangor. Bapak aku ngantuk. Nak minum kejap. Mula-mula tu pergi kedai mamak. Pastu nampak McD terus pergi McD. Tak pernah-pernah aku makan McD pukul 5 pagi.




Bangun-bangun tidur je menghadap McD. Macam sahur la pulak. Pukul 5 pagi pergi makan.

Muka bangun tidur breakfast dekat McD


Aku rasa ni lah perjalanan yang paling penat pernah aku lalui. Dari Sabtu. Sabak ke Kota Bharu. Hari Ahad. Kota Bharu ke Kuala Terengganu. Hari Isnin. Jalan-jalan Kuala Terengganu. Malam nya baru balik. Pagi nilah baru sampai. Hari Selasa. Penat gila.

*Muka penat mintak penyepak. *sila hadiahkan untuk aku

No comments: