Saturday, July 23, 2011

Kalau nak stay up lama letak colgate dekat mata

Menurut entri aku yang pendek gila babun ni. Aku nak update entri bebanyak kat blog malam ni. Tapi kemalasan yang tahap impak maksima telah melemahkan kegagahan jari jemari aku untuk menaip. What The Malas lahh kan aku nii.

Okay. Nak cerita itu dan ini. Macam banyak je kan. Padahal tak banyak pon. Minggu bila tu kan. Aku ada ujian. Tak silap aku dua minggu lepas kot. Ujian je pon kan. *kerek lah pulak kan. Orang nak ujian mesti lah kene struggle baca buku. Menelaah buku sampai khatam. Stay up sampai pukul tiga empat pagi. Tak gitu wehh?  Bagi pelajar yang ingin cemerlang pasti akan menjawab sudah tentu ataupun of course.

Tapi, aku yang malas ni nak ke menelaah buku bagai tu. Tak de maknenye derr. Hari tu ada lah sekali aku test nak stay up. Nak baca buku lah konon. Semangat aku set jam pukul 3 pagi. Dengan nada dering yang gempak gila dari henfon cokia rokia aku tu. Aku pasang level lima. Paling kuat okay. Semangat tak ? Semangat gila lah kan. Dah pukul 3. Maka berbunyi lah henfon cokia rokia aku tu. Aku membuka mata sambil terpisat-pisat. Kemudiannya, aku amik lah buku yang aku nak study tu. Pukul 3 aku bangun 3.05 minit aku dah tidur balik dah. Hebat tak ? Awesome gila kan. Hahaa~

Aku ni tak boleh nak stay up ke menelaah buku lama-lama ke. Semua tak boleh. Bajet macam dah pandai sangat lah kan aku ni *haktuiihh. Disebabkan kemalasan aku tu. Aku sendiri lah kan yang menerima padah. Result memang tak gempak mana lah kan. Menyesal sudah tiada gunanya. Kwangkwangkwang. Hampa sudah.

Sehari sebelum aku ujian aku ada pergi tengok wayang dengan mak cik aku. Balik je rumah tak pasal-pasal kene bebel dengan abah aku. Wahh. Sedihnya. Kene marah dengan abah. Rasa seperti anak durhaka lah pulak kan. :'(

p/s: wayang yang dimaksudkan "Tolong Awek Aku Pontianak." Cerita ni best bro. Mesti tengok. Sumpah kelakar.

Ada satu petua aku dapat dari budak asrama:

"Kalau nak stay up lama letak colgate dekat mata lepastu basuh confirm tak tidur wehh."

2 comments:

eiyra said...

mcm taw jee petua tu .

anis said...

a'ah kan , agk2 spe la yg bg tu ?