Saturday, July 23, 2011

Kawan aku. Musuh aku. Semuanya dia. Aku rindu dia.

Sejak kecil lagi aku dibesarkan oleh nenek. Sepanjang tumbesaran rohani dan jasmani aku di rumah nenek. Aku ditemankan dengan cucu sulung nenek. Cucu sulung nenek yang lebih tua tiga tahun dari aku. Dia juga seorang perempuan seperti aku. Tapi perangai kami sungguh berbeza walaupun dibesarkan bersama.

Dialah kawan aku. Dialah musuh aku. Dialah kakak aku. Dialah abang aku. Dialah superhero aku. Dialah superwoman aku. Kami membesar bersama. Banyak kenangan manis pahit serta masin yang telah terjadi. Sepahit mana pun kenangan itu semuanya jadi kenangan manis buat aku. Sejak aku tiga bulan. Ya. Tiga bulan umur aku. Masih comel ketika itu. Aku duduk bersama dia. Sampailah sekarang. Kami rapat. Kami akrab. Kami suka buat kerja gila-gila.

Ada satu ketika tu, dia berpindah keluar dari Sabak Bernam. Dia ikut mak dia ke Selayang dan Rawang. Hampir empat ke tiga tahun kami berpisah tapi kami tetap akrab. Dia pasti pulang bercuti di kampung. Waktu tu masih kecil lagi. Tak terasa sangat pon perpindahan dia. Masa usia dia 12 tahun manakala aku berusia 9 tahun. Dia berpindah semula ke Sabak Bernam. Dia ambik UPSR dekat Sekolah Rendah Agama Integrasi Sabak Bernam. Pada tahun itu, kami sangat rapat. Rapat yang teramat sangat. Macam-macam kenangan.

Lepastu, dia sambung pembelajaran tingkatan 1 sampai tingkatan 3 dekat SAM Muhammadiah Pekan Sabak. Itulah Sam1. Sekolah aku sekarang. Pencapaian PMR dia cemerlang sangat. Cemerlang yang sangat-sangat sampai dia layak untuk ke SBPI Gombak. Masa tu aku baru rasa kehilangan. Dia ingin berpisah buat kali kedua. Baru aku tahu sedih. Baru aku tahu hilang kawan. Untuk menyedapkan perasaan aku. Aku berkata. Tidak mengapalah. Dia ingin menjadi doktor. Biarkan dia mengejar cita-cita dia.

Dia tidak lama di SBPI Gombak tu kerana ada beberapa masalah yang menggangu dia. Dia pindah semula ke Sabak Bernam. Gembiranya aku masa tu. Gembira sangat. Hampir setiap petang kami akan melepak bersama. Bergurau bersama. Berjalan bersama. Makan bersama. Minum bersama. Segalanya bersama. Dia tak lama dekat Sabak Bernam.

Awal tahun ini. Usianya melonjak satu angka. Dia berumur 17 tahun. Dia ada periksa besar pada tahun ini iaitu SPM. Dia sangat berharap untuk berjaya secemerlang yang mungkin sebagaimana dia cemerlang sewaktu PMR. Semua ahli keluarga menaruh harapan yang tinggi padanya. Awal tahun yang lalu dia telah bertukar sekolah lagi. Dia bertukar sekolah ke Bangi. SMK Bandar Baru Bangi tak silap aku. Aku dah tahu lama pasal perpindahan dia sewaktu akhir tahun lepas lagi. Tapi aku berfikir. Dia tak kan pindah. Pasti atok dengan nenek tak mengizinkannya. Mungkin sudah takdir. Dia pindah jua.

Malam terakhir perpindahan dia. Kami sekeluarga *keluarga angkat aku makan besar di sebuah restoran seafood. Aku hanya menganggap itu satu makan yang biasa-biasa sahaja. Aku tidak teringat langsung pasal perpindahan dia. Sumpah tak ingat. Aku leka dengan kemesraan malam itu. Aku leka dengan keseronokkan itu. Selesai makan, dia ingin pulang ke Bangi rumah mak lang nya. Dia akan bersekolah di sana. Aku bersalam dengan semua yang ada disitu. Aku nak menjadi yang terakhir untuk menyalami dia. YA. Aku mungkin yang terakhir.

Aku salam dia. Aku peluk dia. Peluk seerat yang mungkin. Erat sangat. Aku masih ingat lagi pelukan itu. Lama kami berpelukkan. Tak aku sangka. Tanpa diduga. Air mata ku menitis menyembah bumi. Air mata ? Menangis ? Ya. Aku menangis. Aku masih ingat lagi air mata itu. Aku masih ingat lagi esakkan itu. Masa tu baru aku rasa kehilangan dia. Baru rasa hilang kawan. Terasa kehilangan yang amat sangat-sangat. Sungguh aku tak kuat. Aku tak menangis depan orang lain. Aku menangis depan dia. Aku menangis dalam hati. Sedihnya aku masa tu. Perpisahan kali ketiga memang sentap. Sangat menyedihkan aku.

Tiada lagi melepak di petang hari. Tiada lagi senyum tawa dia. Semunya lenyap. Hilang begitu saja. Tapi kau selalu ingat aku. Aku tahu tu. Kita rapak sejak kecil. Ukhuwah kita kuat kan. Kau tetap balik hujung minggu tapi tak sama macam dulu. Kita tak banyak masa nak lepak sama. Masa cuti penggal je masa kita banyak bersama. Aku rindu masa-masa itu.

Sewaktu kehilangan nenek. Kau yang kuat. Kau yang bagi semangat dekat aku. Kau hebat. Aku lah yang paling lemah sewaktu kehilangan nenek tapi kau. Kau tetap tabah. Aku kagum dengan kau. Kita sama-sama kehilangan nenek sebelum menunjukkan segulung ijazah kita untuk nenek. Sesungguhnya kau sangat kuat dan tabah menghadapi itu semua. Sedangkan aku hanya menangis. Menangis dan menangis. Lemah kan aku ni.

Aku rindu nenek. Aku rindu kau. Aku rindu dia.

Dia yang tidur sebantal dengan aku. Dia yang tidur setilam dengan aku. Dia yang tidur seselimut dengan aku. Dia yang makan sepinggan dengan aku. Dia yang minum secawan dengan aku. Semua dengan dia. Tidak dapat digambarkan macam mana akrabnya kami.

Dia yang dimaksudkan ialah :


Nur Farikha. Tapi aku paggil dia Ayie je. Nickname dia. Dia superpretty. Sumpah cantik. Tak tipu.


Realiti kan ? Dia cantik sangat.

Ayie. Aku rindu kau. Rindu yang teramat sangat. Masa kau balik sabak hari tu. Aku ada kem. Tak dapat jumpa kau. bila nak balik ? bila nak panjat bumbung ? bila nak nangis sama ? bila nak ketawa sama ? bila nak makan sama ? bila nak minum sama ? bila nak gurau sama ? bila nak gaduh sama ? rindu awak ♥ rindu rindu rindu ♥♥♥

Aku rasa nak nangis sebab rindu kau. Aku tak tipu. Tapi aku nangis dalam hati. Biarlah hati ini je yang dengar. Hati ni je yang tahu macam mana rindu aku dekat kau. Aku tahu kau sibuk prepare nak SPM. Tak pe lah. Aku faham.

Pesanan aku untuk kau : 

Ayie! Tolong jangan lupa aku. Aku sedih sangat kalau kau lupa aku. Aku tahu kau tak kan lupakan aku. Kan ? Kan ? Tahun ni kau SPM besar kan. Harap kau berjaya. Harap kau dapat apa yang kau impikan. Harapnya kau dapat straight A's. Aku tahu kau boleh. Semua orang tahu kau boleh. Impian kau kan nak berjaya dalam SPM. Impian kau kan nak belajar medic. Harapnya kau dapat semua yang kau impikan tu. Aku berdoa je untuk kau. Aku sayang kau. Sayang sangat. Love you more honey ♥♥Pokok pelam depan rumah tu tunggu kita. Bila nak panjat pokok petik pelam? Kalau kau sibuk. Aku tetap akan tunggu kau sampai bila-bila untuk panjat pokok tu.  


kenangan terakhir kita dengan nenek , rindu saat ini !!

Arwah nenek part I
Arwah nenek part II

aku rindu semua ini !!
Love you more honey ♥♥

No comments: