Sunday, July 24, 2011

Terima Kasih untuk hari ini.

Semakin hari semakin bertambah usia. Semakin hari juga semakin bertambah berat badan. Wuwuwu. Sadis lagi tragis. Tapi apakan daya. Makan itu satu nafsu yang tak dapat nak dielakkan. Wajib gila. Esok usia aku bertambah lagi satu angka. Makin tualah aku. sila wish Happy Birthday untuk saya. Hahaa. 

Hari ni pergi T.I. Teluk Intan je pon kan. Nak cari baju raya. Puasa pon belum dah sibuk nak cari baju raya. Itulah mak aku. Aku follow je padahal dalam hati melonjak kegembiraan. Kurang asam punya anak dara. Ciss! Hahaha. Selepas selesai shopping mopping topping. Aku ajak lah abah makan dekat Pizza Hut. Feel nak sambut birthday gitu. Hehehe. Kaki bodek betul lah aku ni.

Kita layan gambar ehh sambil makan-makan. Haa. Sebelum terlupa. Memandangkan brader-brader aku semua tak de. Sorang berjalan ke KL. Lagi 2 orang belajar di luar kawasan. Aku buat lah onar sikit. Pi panaskan brader-brader aku yang diluar kawasan tu. Dorang semua makan nasi bungkus je. Kiteorang makan pizza. Siap dok kecoh + kepochi mesej brader-brader aku. Mak aku marah aku pulak. Katanya janganlah. Kesianlah. Amboi sayang beno dia kat anak-anak bujangnya. Aku dengan abah gelak aje. Lantaklah. Kalau nak makan sedap je mesti ingat dorang. Nantinya tak dapat makan langsung. Alang-alang dah dapat makan. Aku kasi panas je lah dekat dorang. Bukan selalu pon. 






Acara makan-makandengan lahapnyaamatlah diperlukan.

ehh , ehh , ni lah bufday girl tu. 





Tidak dilupakan juga aksi-aksi pra-matang adik-adik aku yang gila-gila ni. Dorang ni lah yang paling degil. Hari-hari nak bergaduh saja.


Abah sebagai BigBoss yang bertanggungjawab untuk melunaskan segala bayaran. Hahaa. Kurang asam betul aku ni. Habis kopak duit bapak aku. 


Mama yang setia lagi abadi melayan kerenah shopping tadi. Padahal mama yang beli barang dia lelama. Sempat makan lagi dekat kopitiam tadi sebelum gi Pizza Hut. Hehee.









Chop ! Chop ! Ni celebrate bufday siapa ni ? Aku ke kakak aku ? Dia pulak yang beriya makan. Al-maklumlah budak asrama. Haha. Nama je budak asrama tapi makin gemuk. Musykil kann ? Beriya betul akak aku makan.


Segelas cawan untuk menghilangkan dahaga. Tiga pinggan untuk melayan nafsu makan. Tak dilupak henpon cokia rokia aku yang eksklusif gila tu. Hahaa.


Dah makan semua angkat punggung blah masuk kereta. Bil ni BigBoss lah yang bayar. Abah belanja. Hehee. Abah saya terbaekk!! Best Bro !!!

Bufday aku memang tak de kek. Mak aku kata jeleh lah ape lah. Jadinya tak payah makan kek. Makan je lah apa-apa. Aku tak kisah pon. Asalkan makanan aku bedal. Bufday aku mungkinlah tak segempak korang punya bufday party kan yang ada belon-belon. Yang ada music. Yang ada hadiah-hadiah superb. Yang ada orang nak bagi bunga bagai. Tak ada pon. Aku tak kisah pon. Tak kisah langsung. Bagi aku cukuplah keluarga aku ada. Tu pun tak cukup lagi. Brader-brader aku semua tak de. Family aku memang susah nak kumpul. Abah aku kerja jauh. Kakak duduk hostel. Brader-brader belajarr luar kawasan. Masa yang macam ni lah paling beharga buat aku. Aku sayang family aku. Sayang sangat.

Terima Kasih Abah sebab belanja Anis hari ni. Dah la makan dua kali tadi. Sungguh pelahap aku ni. 
Terima Kasih Mama sebab layan shopping hari ni. Penat kaki berjalan. Penat lagi tunggu mama shopping.
Terima Kasih Jia sebab bagi pendapat masa nak beli baju tadi. Wahh! Terharunya saya. Haha.
Terima Kasih Adik-adik sebab nak jugak makan dengan aku. 

Semuanya TERIMA KASIH. Aku HARGAI sangat-sangat. 

Luahan hati : Berat badan dah tambah nampaknya sebab menternak lemak dengan rakusnya tadi. Habislah. Tak muat pulak kang nak pakai baju sekolah isnin nanti. Huh. Sadisnya.



No comments: