Friday, August 12, 2011

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas

Hari ni dah 12 hari berpuasa. Maknanya malam yang ketiga belas solat terawih. Aku ni bukannya tak pernah missed solat terawih ni. Selalu gak la missed atas sebab-sebab yang tak menentu. Ohh. Kecewa dan kuciwa. Malam yang ketiga belas ni. Aku tak tahu lah apa yang meriah sangat kat dalam masjid sabak tu. Agaknya sebab ada budak-budak yang berlari-lari dengan penuh semangat sambil menjerit dan terjerit. Ohh. Seksanya jiwa batin aku. Rasa nak pecah gegendang telinga ni. Suara dorang lagi kuat dari pembesar suara pak imam. Dahsyat bukan? tolong jangan ajar adik-adik korang berlari sambil terjerit di dalam masjid.


Tapi ada yang baiknya. Aku tak de la tersengguk-sengguk waktu solat terawih tadi. Dengar budak-budak tu memekak. Menyedapkan lagi halwa telinga aku daripada tersengguk-sengguk macam unta. Malam-malam yang lepas. Aku ngantuk gila sampai tersengguk-sengguk. Ia amat memalukan. Hahahaa. Tapi yang tak bestnya aku tak khusyuk. Hmm. Dugaan betul lah.


Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas

"Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan."

No comments: