Friday, August 5, 2011

Pengalaman puasa #apsal lah aku bendul sangat ?

Memandangkan sekarang ni bulan Ramadhan. Sifat malas haruslah dibuang kan? Tapi aku ni bukan main payah lagi nak buang. Makin menjadi-jadi pulak malasnya. Adakah itu godaan syaitan ? Sedangkan syaitan dah tak de. Barangkali hanya nafsu. Ehh , apa aku merepek ni. Hmm. Layan kan je lah ye.

Aku nak cerita tentang pengalaman zaman muda-mudi aku berpuasa. Masa tengah comel-comel dulu. Haha. Masa aku tengah darjah-darjah dulu. Aku tak ingat lah darjah berapa. Aku ni suka sangat ponteng puasa. Uhh. Memang bukan ciri-ciri wanita solehah lah aku ni. Aku kalau tak puasa. Satu rumah tahu aku tak puasa. Aku mesti makan punya. Tak de nye makan sorok-sorok. Kalau boleh nak makan tu depan tv saja. Berasap je orang yang tengah puasa tu. Aku memang agak tidak menghormati orang ketika itu. Maklumlah masih darjah. Hehe.

Pastu besar sikit, aku dah pandai solat terawih. Aku ingat lagi aku janji dengan abah aku nak solat 8 rakaat je. Maklumlah first time solat terawih aku mana tahu 8 rakaat. Aku pi la bantai sembahyang 20 rakaat. Kebetulan pulak ada nenek dengan kakak sedara aku tu. Sembahyang je lah macam biasa. Dah lepas witir tu aku baru tanya nenek "ni rakaat ke berapa ?" Nenek jawab "dah lepas witir dah. 23 rakaat." Tercengang aku dengar. Kelam kabut jugak lah aku keluar masjid cari kereta bapak aku. Sampai je kereta abah aku tengah tidur. Hmm. Nampak sangat dia dah lama tunggu. Nasib baik tak kene marah. Abah aku gelakkan aje.

Selalunya, kalau bulan ramadhan macam ni, nenek selalu tadarus dekat masjid. Lepas solat terawih 20 rakaat tu. Ada tadarus. Nenek tadarus dengan geng-geng dia. Biasalah. Orang tua. hehe. Nenek tadarus dari pukul 10 lebey sampai kul 11 lebey ataupun 12. Biasanya kalau tunggu nenek aku habis tadarus. Aku tidur je. Tapi, satu hari tu aku tak boleh tidur. Aku ajaklah akak sedara aku tu pergi lari-lari dalam masjid. Berlari dalam masjid?  Hmm. Sungguh aku tak matang ketika itu. Aku punya lari semangat gila. Semangat macam berlari atas balapan je. Lepastu nampak siak masjid tu tengah lipat-lipat sejadah. Aku biarkan je la. Lagipun kenal. Dia jiran aku. Buat tak tahu je la. Pastu aku nampak mimbar. Yang imam selalu baca khutbah tu. Tak silap aku la. Aku ajak akak sedara aku naik. Tapi akak sedara aku tu tak berani. Aku pun nak naik lah sorang-sorang. Baru je panjat tangga yang pertama. Siak tu cakap " Ha, naik lah. Kat atas tu ada hantu. Ha ha ha. Tangkap kau. Baru padan muka." Terkujat aku dengar dia cakap macamtu. Aku terus tak jadi naik mimbar tu. Turun balik. Sampailah aku besar. Aku masih percaya ada hantu kat mimbar tu. Sampai aku darjah 6. Huh! Aku rasa aku manusia paling bodoh. Aku langsung tak teringat yang bulan ramadhan mana ada hantu. Ishh, bendul betul lah aku masa tu.

Banyak lagi pengalaman puasa. Tapi tak ingat lah. Kalau aku ingat pastu cerita dekat orang. Mahunya kene gelak kaw-kaw.

Happy Ramadhan !! 

No comments: