Sunday, August 28, 2011

Semua orang excited nak raya. Tapi aku ?

Aku tahu semua orang excited nak raya. Status kat pesbuk tu semua dah sibuk nak raya. Baju raya lah. Kuih raya lah. Kasut raya lah. Langsir raya lah. Bagai-bagai lagi lah. Semuanya raya. Kalau nak kata aku ni tak excited nampak beno nipunye tu. Memang lah excited tapi tak excited macam dulu-dulu. Cuti seminggu je. Homework banyak gila sampai menimbun macam KLCC *tipu je kat dalam bilik tu. Folio yang dah ternanti-nanti macam penunggu istana. Semua nak kene siapkan sebelum sekolah buka. Sedih.

Lagi sedih baju raya aku tak siap lagi. Memang sedih. Boleh dikatakan tahap kritikal sedih la. Tapi aku rilek je baju sekolah aku banyak. Boleh pakai. Baju aku kan kuning. Agak-agak nak cantik aku tambah corak je lah dengan water colour. Meriah sikit baju aku tu. Ye dak ? Hahaha. Dah terover excited kot ni. Tapi bapak aku kata "tak de baju raya boleh hidup jugak kann? Abah dulu tak pakai baju baru. Pakai apa yang ada je." Lebih kurang camtu lahh. Kalau bapak aku dah cakap camtu aku diam je. Malas nak debat kang tak pasal-pasal duit raya kene discount. Hahaha,

Bapak aku ni jenis jimat bukannya kedekut. Aku pun ikut jejak langkah *perasan dia jugak la tapi kengkadang tewas jugak. Boros sungguh. Kalau ada sehengget dua posen RM1.20 memang habis masa tu jugak la. Nak  nak kalau bapak aku bagi duit extra sikit memang habis buat beli jajan je lahh. Tu belum lagi nak beli coklat. Agak agak nafsu aku datang benda yang aku tak makan pon aku beli. Ntah pape ntah aku ni.

Raya raya jugak jangan lupa negara dah merdeka *konon patriotik je ni.  Kepada yang perempuan-perempuan istimewa tu jangan lupa ganti puasa pulak. Sedap je beraya mencekik kuih raya sampai lupa nak ganti puasa.

Aku nak ucap Selamat Hari Raya dan Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke-54 !!

moon may come
moon may go
when syawal come
ramadhan has to go

2 comments:

bombay said...

selamat hari raya..xpe baju raya xsiap lagi..nanty bila orang pakai baju baru, kita pakai la baru lame..nnty bia org pakai baju lame, kita ade baju baru..hehe..:)

anis said...

a'a erk , btol2 ,