Friday, August 26, 2011

Sinopsis stanza cinta



Stanza Cinta , aku dah baca dah novel tu. Insaf sekejap aku baca novel tu. Hahaha. Patutnya insaf lama-lama. Aku insaf sekejap je. Tapi, novel ni bagus lah. Bercinta kerana Allah. Memang islamik habis la. Mula-mula baca tu aku cakap "apsal bosan?" Tapi dah lama-lama tu. Best pulak. Macam tak nak berhenti aku baca. Novel ni kira lama gak ahh aku bace sebab mula-mula bosan. Padahal 402 je kot muka suratnya. Ada part yang sedih tu. Aku cuba feel nak nangis lah kononnya. Tapi tak nangis pon. Padahal dah sedih dah. Tak boleh nangis. Sungguh air mata ni malu nak keluar. Hahahaa.

Watak utama novel ni Amni Sorfina. Seorang perempuan yang tabah. Amatlah tabah aku kata. Dua kali dia kehilangan orang tersayang. Kawan baik dia Umairah dengan tunang dia Irfan Ikmal. Siapa tak sedih weii kalau kawan baik meninggal ? Siapa tak sedih weii kalau tunang meninggal ? Aku pun sedih. Yang kawan baik dia ni meninggal sebab ada kanser. Meninggal masa ulang tahun si Amni. Lagilah sedih. 'Hadiah' dari Allah katanya. Tunang dia meninggal pun sebab sakit. Sakit SLE tapi aku tak ingat pe kebendenye tu. Irfan tu meninggal saat-saat hari perkahwinan diorang dah dekat. Perit wohh! Sedih. Sedih. Sedih. Wasiat yang Irfan tinggalkan memang bagus lah aku kata. Korang kene baca novel ni. Sebenarnya Irfan ni orangnya yang biasa-biasa je. Sejak kenal Amni dia jadi lebih baik. Alim lah senang cite. 

Tapi endingnya not bad lahh. Amni tetap dapat kahwin dengan lelaki yang dia impikan. Siapa ? Baik korang baca sendiri. 

No comments: