Wednesday, August 24, 2011

Terawih dengan sep sep tom tom

Sempena bulan ramadhan ni. Solat terawih mesti la ade kan. Aku ni kekadang miss jugak. Tak penuh. Nak cukupkan 20 rakaat punya lah malas. 8 rakaat je la yang mampu. Hahaha. Okay. Aku nak cerita pengalaman terawih aku malam yang lepas.

Ada lah sekumpulan kanak-kanak ribena ni. Budak-budak perempuan seperti kanak-kanak ribena. Mula-mula tu elok je sembahyang isyak. Pastu dah sampai terawih boleh pulak dorang bukak telekung lepastu bukak halaqah kat belakang. Kalau bukak halaqah baca Al-Quran tak pe lah jugak. Ni bukak halaqah main sep sep tom tom. Pe kejadahnye wehh ? Spoil terawih aku. Elok-elok khusyuk jadi ape entah lepastu. Orang sedap dengar imam bace surah. Dorang pun nak lawan suara imam dengan main sep sep tom tom. Elok-elok aku baca Al-Fatihah jadinye sep sep tom tom pulak. Haru jadinye.

Aku usha sleck dua tiga kali buat tak faham je. Kalau adik aku tu dah lame dah kene. Sabar je lah. Nasib baik anak orang. *bajet garang. Lastnye ade nenek sound dorang. Nenek dorang kot. Sekali kene sound elok pulak nak diam.

p/s : Tolonglah jangan bising waktu orang tengah sembahyang. Haru jadinye nanti. Elok-elok bace Fatihah kang jadi lain pulak.

No comments: