Monday, August 1, 2011

Teruk gila lah

Hari ni 1 Ogos. Hari ni 1 Ramadhan. Ohh! Dah Ramadhan rupanya. Patutlah bukak tudung saji pagi tadi tak de makanan. Orang puasa hari ni. Ehh , aku tetap puasa okay.

Pagi tadi mak aku kejut sahur. Aku yang liat nak bangun ni pun bangunlah sambil terpisat-pisat. Aku ni paling malas bab makan sahur la. Disebabkan aku ni malas sangat nak makan. Aku pun tak makan lah. Aku minum je. Segelas pun dah cukup. Lepastu aku sambung tidur balik. Subuh aku bangun nak sembahyang. Lepas sembahyang tu aku tidur balik. Berapa banyak kali tidur pun aku tak tahu lah.

Aku bangun hari ni kul 1.30 tengah hari. Gila lah kan. Mentang-mentang cuti. Aku belasah tidur sampai tengahari. Teruk gila kann. Hahaaha.

No comments: