Saturday, August 6, 2011

Unta masak cili padi #ada ker ?

Hmm. Hari ni mesej dia. Macam biasa lah kan. Idea gila tu mesti ada. Kalau tak ada. Konfem tak meriah. Dia sampai cakap aku ni nakal. Ishh. Aku tak nakal la ngek. Degil je. Tadi sebelum nak buke. Dia ada mesej aku. Dia tanya masak apa hari ni ? Hmm. Aku nak masak? Memang rasa masin je lah kan. Bagai lori garam yang tumpah. *Ahh sudah, simile aku keluar.


Dia tanya aku macam tu. Dengan konfiden nye aku jawab aku masak unta hari ni. Pastu dia tanya lagi unta goreng ke unta bakar. Aku reply unta masak cili padi, sedap sikit. Aku rasa dia bengang kot layan gila aku ni. Hahaha. Tu lah siapa suruh layan sangat. Kan dah menjadi-jadi.

Aku rasa aku baru topap 5 hengget semalam. Hari ni dah tinggal 31 sen. Ishh, pe kejadahnya kredit aku menghilang ni. Aku rasa maxis tarik SOS top up 2 hengget setengah je. Yang lain nye mane ? Heyy, tak memasal aku kene topap lagi esok.

p/s : Aku cuma nak cakap yang hari ni aku ada resipi baru unta masak cili padi. Hehehe...

No comments: