Saturday, September 3, 2011

Al-kisah sehari sebelum syawal

Sehari sebelum raya mesti lah semua sibuk nak memasak. Mak aku nak masak. Abah aku nak masak. Abang aku nak masak. Adik-adik aku pun nak masak. Semua orang nak masak. Dapur kat rumah aku tu dah rupa ape entah. Kecah kecoh gila lahh. Ada satu cerita lah aku nak story morry ni pasal abang aku. Abang aku yang kedua ni pandai gak lah masak. Tu pon sebab dia ada belajar memasak dekat maktab dia. Hari tu dia nak test power lah kan buat kek. Dia kata dialah chef terunggul. Aku iyakan je lahh dia tu. Bahan-bahan semua aku dah beli dengan abah aku. Dia tinggal buat je.

Mula-mula nak buat tu. Kecoh gila. Cari itulah. Cari inilah. Tu tak jumpa. Ni tak jumpa. Kabut je dia tu. Dah semua jumpa. Baru dia start projek dia tu. Starting elok je. Taruk butter. Taruk gula. Berjalan lancar. Part telur tu. Spoil habis lah. Boleh pulak telur yang aku pecahkan telur tembelang. Telur busuk. Spoil gila lahh. Dah la busuk. Abang aku dah mengamuk dah. Dah la penat stir. Hadoyaii. Lastnya buang semua. Aku dalam hati dah menyumpah seranah. Hanya kerana telur sebijik. Spoil semuanya. Hahahaa.


gambar sekadar hiasan semata-mata

Ada bahan lagi. Abang aku tu pon pi buat lagi lah. Aku dah tak berani dah nak pecahkan telur tu. Trauma sekejap. Hahahaa. Kali kedua nak buat tu aku tak campur tangan sangat. Cuak seiyh. Kang spoil lagi. Naya aje. Dah siap campur semua bahan tu. Masuk lah microwave dengan jayanya. Mula-mula kek tu gelembang-gelembung. Kejap naik. Kejap turun. Aii, lain macam je keknya ni. Mintak kaki kek ni. Dah la meleleh-leleh. Dah satu hal kene cuci. Hmm. Spoil jugak tu. Dah bunyi "ting" tu. Kek pun siap lah.

Kiteorang makan kek tu masa buka puasa. Nak potong kek tu pon dah lain macam. Awat keras sangat ni. Nak potong kek pon ambik masa. Ciss, kwangsam. Hahaaa. Dah potong tu. Konfem lah kan masuk mulut. Part masuk mulut tu bukan satu macam dah. Jadi dua macam. KERAS GILA seiyh. Dah macam batu bata. Keras yang gila gila dan gila. Sakit gigi woh makan kek tu. Abang aku yang konon chef terunggul tu kata "tu baru lah kek sedap". Sedap lah sangatkan. Mak aku gelakkan aje.

Punca kek tu keras sebab gula. Al-kisah. Abang aku bukak blog orang nak buat kek ni. Cari resepi lah tu kononnya. Dalam blog tu cakap tiga per empat cawan 3/4 tapi abang aku ingat tiga atau empat cawan. Dia dengan confidentnya masukkan satu peket gula kastor tu kat adunan tu. Gila tak gila lah kan. 1 peket seiyh. Mahu kencing manis tu. Abang aku ni memang tak cukup pro lah. Perosak ade lah. Jahanam. Jahanam. Kiteorang bercerita dekat pak cik mak cik kiteorang kene gelak je. Gelak kaw kaw punya. Tak cukup dengan telur tembelangnya. Kek keras pulak tu. Huh. Malang. Malang.


Realitinya kek aku bukanlah macam ni.

Doakan aku agar pandai memasak. Hahahaa.

No comments: