Friday, September 16, 2011

Waktu tadika dulu-dulu dengan waktu kecik-kecik dulu. Sebenarnya sama je.

Hari ni nak cerita pasal zaman tadika dulu-dulu. Asyik-asyik aku bagi entri yang macam sampah je. *pernah ke tak macam sampah. Zaman tadika dulu , kamera pon aku tak kenal. Nak guna lagilah failed kan. Ni dah besar sikit ni jumpa kamera terus macam berok dapat pisang. Jakun. Tapi kengkadang uhh cover cover gak lahh kan. Kang kalau over sangat kang orang cakap aku tiga suku pulak. Entri ni bukan nak cerita pasal kamera. Tadi tu intro je.

Okay. Zaman aku tadika dulu aku suka pakai baju kemeja yang warna putih tu dengan seluar yang warna biru gelap tu. Seluar sekolah rendah tu. Apa entah nama seluar tu. Seluar sleck ehh? Hmm. Bedal je lahh. Asalkan warna biru gelap tu. Orang perempuan semua pakai baju kurung. Aku je satu satunya perempuan yang pakai baju kemeja. Pelik kan aku? Padahal kakak aku pakai je baju kurung. Aku je pakai baju kemeja. Aku tak ingat lah kenapa. Tapi memang tiap hari aku pakai baju kemeja je. Aku memang pelik. Ke sebab aku ikut abang abang aku. Entah la. Aku dah tak ingat.

Zaman tadika dulu, rambut aku pendek je macam lelaki. Senang cite boycut lah. Memang had had bawah telinga je la. Aku tak suka rambut panjang panjang ni. Rimas seiyh. Setiap pagi sebelum nak pergi tadika. Mak aku yang sikatkan rambut aku. *waktu kecik dulu bolehlah merasa. sekarang dah besar tinggal kenangan je lah. Dan setiap pagi tu jugaklah aku mintak macam macam kat mak aku.

"ma, hari ni nak rambut macam abang syahir (abang ketiga aku) "
"ma , hari ni nak rambut macam abang epi (abang sulung aku) "
"ma , hari ni nak rambut macam abang ewan (abang ketiga) "


Mak aku pon ikut je la. Sebelum sikat aku mesti mintak bubuhkan minyak rambut. Yang bekas dia warna merah tu. Apa namanya ye. Brylcreem tak silap aku. Haa. Ye lah kot. Kejap kejap aku mintak mak aku buatkan rambut aku macam abang aku yang sulung tu. Kejap kejap yang kedua. Kejap kejap yang ketiga. Sebelum pergi tadika memang dua tiga kali jugak lah tukar pesen rambut. Padahal kan. Sebenarnya kan. Mak  aku sisir tepi je. Sikat tepi je. Kalau aku suruh tukar. Mak aku ubah je lah. Ke kanan. Ke kiri. Aku baru perasan yang aku ditipu. Dan aku baru perasan sebenarnya rambut abang abang aku tu tak de lah style mana. Semua sisir tepi je. Aku je yang beriya nak ikut macam rambut dorang.


Aku suka ikut style abang abang aku masa aku 4 tahun rasanya. Dah naik 5 tahun pindah tadika baru. Kat situlah baru aku pakai baju kurung. Tadika kemas. Baju kurungnya warna biru. Semangat seiyh kalau pakai baju tu sebab corak dia ada kotak kotak. Dah rupa baju tidur kalau aku kenang kenang balik. Hahaha. Waktu tadika dulu dulu. Memang susah lah nak tengok aku pakai baju kurung. Kalau nak tengok pon masa raya dengan pergi tadika je. Kalau ada nampak aku kat mana mana dengan baju kurung. Tu bonus lah namanya. 

Waktu tadika dulu dulu *dari atas semua ada dulu dulu. Aku suka pakai tshirt dengan seluar pendek. Seluar pendek tu dah rupa nyawa kedua aku. Hahahaa. Kalau nak jumpa aku pakai seluar panjang tunggu aku pergi tadika dengan masuk kebun je lah. *kebun banyak nyamuk kena pakai seluar panjang nanti tak kena gigit nyamuk. Waktu kecik kecik dulu selalu beli baju kiko. Terasa comel pulak bila ingat pakai baju kiko. Hahaha. Dulu nak cari seluar jean kat kiko je. Senang. Cepat. Sekarang nak cari seluar jean dua tiga kedai baru jumpa. *maklumlah dah makin besar.

Waktu kecik kecik dulu aku suka sangat ikut style abang abang aku. Entah apa entah yang seronoknya. Aku pon tak tahulah. Tapi sekarang aku dah tak ikut dah. Jangan ingat aku pakai boxer macam dorang jugak sudahlah. 

aku berseluar pendek *itu aurat. saya tahu

Aku memang failed bab bab melukis ni. Masa kecik kecik dulu aku macam ni la. Lebih kurang lah. Aku suka main guli. Dan aku tak tahu kenapa perangai aku macam lelaki waktu kecik kecik dulu. 

p/s: Dulu ada jugak lah aku panggil abang abang aku tu "abang". Sekarang harapan je lah.

No comments: