Tuesday, September 6, 2011

Wali band buat aku sawan sekejap . Erk ?

Aku ni tetiba minat Wali Band. Apahal lah pulak kan. Dulu ada gak dengar-dengar lagu Wali Band ni tapi biasa-biasa je lahh. Tak de lah sampai nak mandi pun aku nyanyi sama. Sekarang ni bukan setakat nak mandi aku nyanyi. Nak tidur pun aku dengar jugak. Kalau bukak laptop ni tak sah tak dengar lagu Wali. Sawan ke apa ni aku pon tak tahu lah. Raya-raya ni orang dengar lagu raya tapi aku dengar lagu Wali. Sungguh tak de kene mengena. 


Aku rasa aku minat Wali Band ni sejak balik kampung raya haritu. Aku naik kereta dengan abang aku yang kedua yang kes kek hancur jahanam tu. Kalau naik kereta dia tak de nye dengar ikim.fm. Kalau naik kereta dengan ayah aku bukan setakat ikim.fm, selangor klasik pon dibukak nye. Memang tidur je lah kan. Kalau naik kereta abang aku tu, dia bukak lagu-lagu Wali. Tu yang berjangkit tu kat aku. Sampailah kat adik-adik aku. Ada sesetengah lagu Wali ni yang tajuk dia kelakar. Kelakar habis lahh. Lirik pon aku nak gelak je rasa. Contohnya macam :-


Jodi (Jomblo ditinggal mati)




Aku Bukan Bang Toyyib




Abatasa



Yang abatasa ni macam bagus gak. Tapi aku rasa kelakar pulak. Aku tak tahu lah apa motif aku buat entri ni. 

2 comments:

Wani said...

cam kelakar je lagu yang 1st tuuu.
haha

anis said...

tu la psal , tjok nye bkn main lg , hahaa ,