Sunday, October 30, 2011

Perihal abah.

Aku ada bapak. Bapak aku tu aku panggil abah. Melayu kan aku. Ape kelas panggil daddy. Terkelu lidah aku nanti. Nak cerita ni. Abah aku ada habit. Habit dia merokok. Sinonim betul lah kan habit-habit orang lelaki ni *tak semua lelaki merokok. Sehari tak merokok tak sah. Bangun tidur rokok. Lepas makan rokok. Baca surat khabar rokok. Tidur pon rokok. 

Dekat rumah aku tu ada alamari. Alamari tu letak luar rumah. Abah aku ni selalu merokok luar rumah. So , kotak-kotak rokok dia. Dia letak situ. Kalau belum habis kotak rokok tu tegak. Kalau dah habis melintang lah rokok tu. Konon kreatif je abah aku ni. Abah aku punya rokok dunhill seiyh. Yang warna merah tu. Mahal tak mahal je lahh.
lebih kurang camni laa 


Suatu ketika kami berbual *apa skema bahasa aku pakai ni 

Aku : Bah, abah tak rasa ke merokok tu macam bakar duit je. Ye lah kan abah beli rokok tu guna duit. Pastu abah bakar rokok tu. Pastu habis macamtu. Macam tak de faedah je.

Abah : Haaa. Sebab tu lah abah kumpul kotak-kotak rokok tu. Kiranya kalau abah pandang kotak-kotak tu dah banyak la duit habis. Nak bagi takut la.

Aku : Takut lah konon. Makin banyak ade lah.

Abah : Heheheee .

Kalau dah habit tu memang susah la nak tinggal. Aku rasa kalau dikumpul kotak-kotak rokok abah aku tu boleh buat KLCC mini. Banyak tak banyak lah kan. Nak-nak kalau dia dapat dari kawan dia. Mahu berdozen dia dapat. Siapa ada cadangan macam mana nak buat abah aku berhenti merokok ?

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Ala, apa senang.
1.Kau sorok rokok ayah kau sudahlah. Confirm dia lupa nak merokok.
2.Alihkan pemerhatiannya terhadap rokok.Contohnya, kau ajak dia berborak ke, confirm lupa pasal rokok.
3.Time ayah kau nak hisap rokok, kau padamkan api kat rokok tu dengan air ke, mesti tak dapat hisap.
Amalkan (jika berani).Tips for you!

ASPM said...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Ala, apa senang.
1.Kau sorok rokok ayah kau sudahlah. Confirm dia lupa nak merokok.
2.Alihkan pemerhatiannya terhadap rokok.Contohnya, kau ajak dia berborak ke, confirm lupa pasal rokok.
3.Time ayah kau nak hisap rokok, kau padamkan api kat rokok tu dengan air ke, mesti tak dapat hisap.
Amalkan (jika berani).Tips for you!