Saturday, November 5, 2011

Aku masih ada sifat kemanusiaan


Esok dah raya korban. Harap-harap yang terkorban esok semua haiwan. Jangan pulak ada yang terkorban sama. Haru je nanti. Atok aku nak tumbang dua ekor lembu esok. Besar-besar lembunya. Aku pulak yang cuak nak berkenalan. Hahaha. Kalau ada sembelih-sembelih ni aku paling suka part lapah daging-daging dia. Macam syok je tengok. Ada jugak part yang aku tak suka. Part dia nak kene sembelih. Sempat pulak lembu-lembu tu buang hajat besar. Relax je lepas. Tanpa segan silu je. Tapi kesian pulak tengok lembu kene sembelih. *masih ada lagi sifat kemanusiaan aku ni. 


No comments: