Thursday, November 24, 2011

#BBNU - Hikayat tumbesaran otak aku

Hari ni nak cerita pasal aku. Tak de masalah kan. Aku suka menaip bila hati gundah gulana *cehh cehh ayat. Dulu waktu under age *umur bawah 10 tahun. Tak de la nak pandang komputer sangat *dulu tak de laptop lagi. Kalau pandang komputer pon sebab nak main game pinball *dulu amat menggilakan pinball. Kalau ada score yang lagi tinggi dari aku. Aku akan padam list highscore tu *kejam tak kejam la kan.

Bila abang-abang dah besar dorang sibuk dengan internet. Selalu pergi cybercafe. Kadang-kadang bukak internet guna telefon rumah *dan bil akan melambung dengan hebat nya. Dorang kalau bukak internet banyak la benda nak buat. Lelaki. Tahu-tahu je la. Mula-mula pasang streamyx dulu, aku tak pandang sangat pon dekat internet ni. Kalau bukak internet pon buat main online game je. Dulu selalu main miniclip dengan agame je. Itu je la yang aku tahu.

Lepastu selalu nampak abang-abang bukak myspace. Memang tak pernah tahu pon myspace tu apa. Memang kuno gila. Rasa macam nak tahu myspace tu apa. Aku pon buat la satu akaun myspace. Mula-mula ada myspace dulu. Sumpah batak. Tak nak tinggal komputer *padahal dok tengok profile orang je. Selalu gak la kena marah sebab tak berganjak dari komputer. Tu la batak sangat. Dah lama-lama tu myspace makin sunyi. Nampak pulak abang bukak facebook. Aku pon try la buat satu akaun facebook. Kalau on facebook dulu tak berapa syok sangat sebab tak ramai kawan. Home pon ada status aku je la. Sumpah bosan. Masa ada myspace dengan facebook. Dua-dua aku bukak. Tapi tak de buat ape pon. Nampak sangat ke-batak-kan-nye tu.

Makin lama facebook makin ramai kawan. Aku dah tak pandang myspace dah. Memang jarang bukak la aku kata. Aku rasa memang dah tak pernah bukak kot. Entah-entah password pun aku dah lupa. Bila ada facebook rasa macam semua orang aku nak add. Yang aku kenal yang aku tak kenal semua aku main add je. Lagi-lagi kalau ada mutual friend *itu dulu sekarang dah tak buat macam ni.

Dalam facebook ramai orang share link pasal blog. Mula-mula tu tak minat pon dengan blog ni. Baca-baca je blog orang lepastu tutup. Tapi dah lama-lama tu macam minat pulak dekat blog. Aku pon sign up la dekat blogger.com tu. Bila dah ada blog, facebook tak lupa. Memang tak lupa. Dua-dua aku onn *batak lagi sekali.

Bila aku ada blog. Macam-macam aku tahu. Benda yang tak patut aku tahu pon aku tahu. erk ? Kira nya macam orang lain tak tahu lagi tapi aku dah tahu. Kira macam tu la *padahal bukan betul sangat pon. Sekarang macam-macam laman sosial aku ada. Aku ada myspace. Aku ada facebook. Aku ada blog. Aku ada twitter. Aku ada tumblr. Kengkadang benda-benda ni bagus. Kengkadang jugak benda ni SOsial. Hahaha. Panjangnya aku taip. Kalah kertas penulisan aku.

Facebook : Nurhanis Mat Shom
Twitter : @anismatshom
Tumblr : With Only Words

Dalam erti kata lain. Aku ni #BBNU yang membawa maksud budak baru nak up. HAHAHA



Nak lagi senang cari aku dekat sini (about.me/anisMs).

4 comments:

ATYRA said...

lepas nie ap pulak yee?
nty aja akaq buat semua tuh..
akaq pun nak BBNU.. hee
tp lepas SPM laa^^

anis said...

lepas akak SPM . kite PMR pulak . laptop letak tepi la pas ni . BUKU di sisi pulak .

ATYRA said...

hahaha.. pmr lmbt lg..
muka buku disisi?? haha

anis said...

haha . skrg wat ilek je . nanti dah dekt mau teberak terkencing nnti . muka buku pon letak tepi la .