Monday, November 21, 2011

Facebook .

Budak sekolah menengah rata-rata semua ada facebook. Jangan tipu lah kalau kau cakap kau tak de facebook. Sesetengah orang akan berkata begini :



Question : Wehh kau , apa nama fb kau ?
Answer : Aku mana ada fb la .
Question : Bapak kuno la kau .
Answer : erk ?


Tak payah nak tengok tempat lain la. Dalam kelas aku tu majoriti ada facebook. Aku rasa semua ada. Kot la. Aku tak berapa nak sure. Facebook tu bagus kalau kau guna dengan baik. Facebook tu juga akan jadi tak bagus bila kau guna dengan tak baik. *konon ayat sastera je aku ni Hmm. Aku tak cakap salah buat akaun facebook ni. Facebook ni la tempat nak contact kawan lama yang berkurun dah tak berjumpa. Facebook ni la tempat kau nak kenal saudara mara bila upload gambar keluarga. *serius. sebab berlaku kat aku. HAHA. Facebook ni la tempat kau nak cari soalan bocor dari kawan-kawan fb kau yang duduk entah dekat negeri mana-mana. Terbaik kan ? *aku bukan perli. ini serius. tak tipu 


Facebook sekarang dah macam tak berguna bagi aku tapi aku masih jugak sign in setiap hari. Aku bosan so aku bukak la. Aku bukan nak cakap apa la kan. Kadang-kadang aku rasa budak facebook ni teruk. Kalah budak tadika 5 tahun. Nak tahu kenapa ?

heIy.,. aWark-aWark seMuEe .,. tiTe taNad2 laRh bUsYan .,.
jOuM lArh lepArk,.,
jAnGaN nUcK bAnGgE sHangArt aRh kAn dEngaRn tUlisHan bIyRu kArw tuU .,

*aku ambik masa nak tulis macam yang kat atas ni 

Yang pertama-tama nya. Yang kau tulis macam orang tak reti nak mengeja ni apahal wehh ? Serabut la aku baca. Kengkadang tu aku rasa. Siapa yang bodoh sekarang ni? Aku yang tak reti baca ke dorang yang tak reti mengeja ni. Konfius aku. Ni baru satu la yang aku tak suka pasal facebook. Memburukkan Bahasa Malaysia betul la.

Yang keduanya. Letak profile picture macam yang kau ni anak mat saleh. Tunjuk itu. Tunjuk ini. Oh lupa ! Kau nak hot kan. Sebab tu la kau letak profile picture macam tu. Aku tengok akaun facebook yang macam ni dah rupa macam orang nak jual badan.

Yang ketiga. "single --> in a relatinship" (single-->engaged) [single-->married]. Lastnya kau single balik. Gila bangga kan kau bila ada couple. Aku bukan nak cakap yang aku jeles. Tak. Sungguh tak. Tapi aku rasa macam malu. Awal-awal couple sana sini kau canang pasal couple kau tu. Kalau boleh nak wall to wall macam facebook tu korang yang punya je. Status semua mesti nak jiwang-jiwang.

Yang keempat. Sekarang ni tengah hot gila pasal hack-meng-hack. Aku tak tahu la apa motif hack-hack ni. Kau ceroboh akaun orang. Lepastu buat status yang negatif-negatif. Macam menjatuhkan maruah orang. Tu baru status. Belum lagi edit-edit picture. Kau buat picture orang tu macam ayam. Touch up itu . Touch up ini. Kalau senonoh tak pe la jugak. Ni tak senonoh langsung.

Haa. Tu je la aku nak cakap pasal facebook ni. Kang cakap lebih-lebih kang tak de kene mengena pulak. Layan twitter pon best jugak. Kau tweet la apa yang kau suka. Dekat twitter banyak ayat best-best. Kalah kamus dewan bahasa dan pustaka.

5 comments:

NUR HAMIZAH BINTI ABDUL RAHMAN said...

hahaha. sokong 100%

anis said...

terima kasih kerana menyokong . HAHA

Alyaa Rahim said...

Betul betul . Haha

eiyra said...

betull .

anis said...

@Alyaa rahim dengan @eiyra dah macam upin ipin . betul2 . HAHA