Tuesday, November 15, 2011

Kau layak dapat apa yang kau dah buat.

Minggu last ni memang boring tahap petala kesembilan belas lah aku kata. Tak de benda nak buat. Langsung tak de benda. Datang sekolah. Buat bising. Memekak. Jalan sana. Jalan sini. Merayap. Kunyah itu. Kunyah ini. Makan. Guling sana. Guling sini. Tidur. erk ? Memang bosan. Kang tak sekolah duduk rumah. Pon bosan jugak. Hmm. Entahlah. Tak tahu dah nak buat apa dekat sekolah.

Pagi tadi dapat result akhir tahun. Result aku memang tak gempak. Sangat-sangatlah tak gempak. Tapi tak de lah aku frust sampai nak menonggeng. Aku kelas kedua. Top 10 tu kira okay lah kan. Nak high hope sangat pon tak boleh. Nak cerita sikit lah. Classmate aku ni. Lepas tengok result dia. Dia nangis. Nangis ? Apahal ? Bukannya exam besar pon sampai kau nak nangis-nangis bagai ni. Bukan main lagi kan kau nangis. Result teruk la. Ape lah.

 OH ! Baru sekarang kau nak nyesal. Sebelum ni kau belajar macam mana. Pernah terfikir tak ? Kau belajar macam mana ? Kau lupa ehh. Meh sini aku bagi tahu. Cikgu sibuk mengajar kat depan. Kau sibuk buat tahi mata. Tidur je. Nak tidur pon agak-agak lah. Aku pon tidur dalam kelas gak. Kau ni kalau boleh nak bantai berjam-jam tidur. Aku pulak yang sakit hati tengok kau tidur. Serius lah aku cakap. Kau langsung tak respect cikgu kat depan. Tu apa yang aku nampak la. Yang keduanya. Masa exam haritu ada kau tekun baca buku macam mana budak yang dapat nombor satu tu baca buku. Tak de kan. Kau buat nota untuk meniru ada la. Setiap hari masa exam kau pergi tandas. What for ? Untuk baca balik nota yang kau dah tulis tu kan. Layak ke kau nak dapat result bagus kalau macam ni yang kau buat. Tak layak kan. You deserve what you get la. 

Seriously, aku cakap aku tak minat perangai kau yang macam ni. Hope tak satu kelas dengan kau tahun depan. Orang lain punya lah bersungguh baca buku untuk exam. Kau senang je. Tiru tiru dan tiru. Bak kata member-member aku biar gagal asal bermaruah.



4 comments:

eiyra said...

terbaik lhaa nis , aku rase kalau dhea bace meraung pulakk budakk tu .

anis said...

HAHA . baru dia tahu langit tinggi rendah kan .

eiyra said...

tu lhaa pasal . orang lain sibuk struggle bace buku . dhea sibuk struggle salin nota .

anis said...

@eiyra : orang syai . nak senang je . susah sikit tak nak .