Sunday, November 20, 2011

Kawan .

Hari ni nak cakap pasal kawan. Aku ada ramai kawan. Tapi tak semua kawan tu betul-betul kawan aku. Ada je yang macam palat. Depan cakap lain. Belakang cakap lain . Bukan senang ada kawan yang betul-betul kawan. Aku paling menyampah dengan orang yang depan kita sama backup aku kalau aku tengah gaduh. Lepastu dengan orang yang aku gaduh tu kau backup dia pulak. Aku bukan suruh kau jadi batu api la. Jadi penyetel masalah boleh tak ? *ini serius tak de kene mengena dengan aku.

Sejak aku masuk sekolah menengah. Baru aku tahu kawan ni macam-macam. Kadang-kadang rasa baik aku duduk tadika. Kalau gaduh pon sebab mainan lepastu baik dan gaduh balik dan baik dan gaduh balik dan sampai kesudah la macam tu. Tak de lah nak gaduh gila-gila sangat. Naik sekolah menengah ni. Kalau gaduh punca utama mesti sebab mulut. Manusia ni kalau marah mulut memang dah tak boleh nak jaga. Cakap memang main lepas ikut sedap tekak je. Setakat ini perkataan yang paling popular aku selalu dengar "bodoh,sial,fuck la,babi," .  Serius popular gila. *kengkadang mulut aku pon macam ni. 


Ada jugak kawan yang lebihkan pakwe/makwe dorang berbanding kawan dorang sendiri. Aku paling menyampah part ni la. Kau baru kenal pakwe/makwe korang tu sehari dua dah lupa dengan kawan kau. Hmm, bagus sangat lah tu. Hey ! pakwe/makwe kau tu tak konfem la jadi suami/isteri kau esok lusa nanti. Kau sanggup backup couple kau yang baru kau kenal sehari dua tu. Yang kau dah kawan bertahun-tahun ni senang je kau maki-maki kan.  Ada je kan yang macam ni . Tapi alhamdulliah setakat ni aku tak pernah kena yang macam ni. Tapi mungkin bakal kena kot. Aku tunggu je sekarang ni. Kau sayang kawan ke kau sayang pakwe kau. Aku nak tengok.

Bukan senang nak cari kawan yang betul-betul kawan. Sebab kadang-kadang tu ada je kawan yang berkawan sebab duit semata-mata. Kawan tu kaya. Kau baiklah dengan dia. Dah puas kikis duit dia. Kau pon blah. Ada je kawan yang nak berkawan sebab kawan tu cantik. Kau nak hot. Kau nak popular. So, kau pon kawan lah dengan diva-diva kan. Dan ada jugak kawan yang macam biskut. Kejap ada. Kejap tak de. Kalau tengah happy kau ada la. Kalau tengah sedih murung masalah apa semua. Kau mesti tak de. Kawan ke tu namanya ?

Aku nak ada kawan yang betul-betul kawan. Aku nak ada kawan yang susah senang dengan aku. Aku nak ada kawan yang boleh gelak sama-sama dengan aku. Aku nak ada kawan yang boleh nangis sama-sama dengan aku. Aku nak ada kawan yang betul-betul anggap aku ni kawan dia. Memang senang nak cari kawan tapi kalau nak yang true friends tu memang susah.

friends quote




2 comments:

Ollaoes said...

people anis . sabar je . kalau da bercerai dgn pkwe bru sebok crik kwn mengadu domba sana sini . FTW !

anis said...

HAHA . betul tu . kang dah break heboh cakap menyesal lah ape lah . macam hareeemmm .