Wednesday, November 23, 2011

Mulut .

Semua orang ada mulut. Mulut untuk bercakap. Semua orang cakap guna mulut. Tak de pulak guna kaki. Kalau ada bagi tahu aku. Aku nak tengok orang bercakap guna kaki. Gila gempak tu. Orang ada mulut ni banyak kelebihan. Boleh makan. Boleh cakap. Boleh kutuk orang. Boleh maki orang. erk ? Tak ke banyak tu ? Banyak kan.

Kadang-kadang tu orang bergaduh punca utama mesti mulut. Mulut yang tak de insurans lagi best. Sedap je nak mengata orang. Allah jadikan mulut untuk berzikir dan bermunajat kepadaNya. Bukan untuk memaki hamun orang kan. Seronok sangat ke maki-maki orang. Seronok sangat ke kutuk-kutuk orang. Aku tak tahu la part mana yang seronok.

Aku rasa lebih baik diam dari berkata-berkata. Aku rasa lebih baik senyap dari bercakap. *tak ke sama dua-dua ayat ni. bengong kejap. Kadang-kadang tu tak semua orang boleh terima apa yang kita cakap. Kadang-kadang tu jugak tak semua benda yang kita cakap tu betul. Kena la terima pandangan orang lain jugak. Jangan nak perasan bagus sangat la kan.





No comments: