Friday, November 25, 2011

Okay. Jom gaduh !

Siapa suka gaduh ? Aku suka gaduh. Tapi gaduh dengan kawan-kawan aku je la. Seronok woo gaduh. Boleh mengeratkan silaturrahim. Aku tak tipu. Ini serius *ala-ala wonderpets sikit. Gaduh dengan adik-adik pon best jugak. Sebagai kakak yang kurang mithali ni. Kaki lebih panjang dari adik. Kalau gaduh sepak-sepak sikit. Lepas tu terus lari. Kaki yang panjang boleh lari laju. *ok ni fakta. Hahaha.

Aku paling tak suka kalau orang yang aku tak berapa kenal tak berapa rapat tetiba tak puas hati. Gila benci la aku kata. Dah la tak puas hati lepastu cari gaduh. Style aku senang je. Aku biar je dia tu. Macam biarkan kucing makan sensorang *ehh apa tetiba ni. Nanti dia dah penat dia berhenti sendiri. Baik tak payah layan kan orang macam tu. Tapi kalau dah melampau sangat kerusi plastik dekat sekolah tu pon aku rasa nak hentak je kat muka kau. 

Dekat sekolah tak pernah-pernah nak bertegur sapa. Lepastu nak usha-usha sleck pulak. Ehh , engkau ni dah kenapa ? Pelik gila dengan orang yang macam ni. Kalau aku ada selak kain kau ke ape ke. Lain cerita la kau nak usha-usha sleck kat aku. Ni sentuh kau pon tidak. Kau dah buat muka. Oh ! Aku lupa orang cun. Biasalah kan. Memang mulut kau cakap lain. Tapi hati kau tu aku tak tahu. Aku lebih suka pendam dari lepas. Entah la kenapa. Aku suka macamtu. Kang kalau aku lepas habis termaki nanti. Jangan cari gaduh kang dengan engkau engkau sekali mengaduh.




No comments: