Friday, November 4, 2011

Sekarang aku tak tahu apa yang aku rasa

Pagi-pagi nak pergi sekolah dah rasa syahdu. Apahal entah. Rasa macam dah tak nak sekolah. Exam dah habis lah katakan. Tapi kalau tak pergi sekolah makin syahdu lah aku. Duduk rumah sorang-sorang. Macam mayat hidup je nanti. Hahaha.

Dekat sekolah aku happy. Serius aku happy. Aku boleh senyum. Aku boleh gelak. Boleh kacau kawan sana sini. Semua benda yang aku buat dekat sekolah aku happy. Rasa macam the best momment ever i had lah lebih kurang. 

Tapi bila aku sensorang. Aku sedih. Aku teringat 'benda-benda' yang buat aku sedih. Aku tak sangka kau boleh buat aku macam ni. Memang tak sangka. Aku ingat kau ikhlas kawan dengan aku. Tapi macam tak je. Kau macam buat main-main je. Sentap woo. Aku rasa kalau aku tak tanya kau pasal 'benda-benda tu' sampai ke sudah lah aku tak tahu. Aku ingat kau buat baik dengan aku, kau ikhlas. Tapi aku silap. Kau macam saje je nak tunjuk yang kau ni baik. Patutnya aku dengar cakap kawan aku tak payah rapat sangat dengan kau. Tapi aku degil. Sekarang aku tak tahu lah apa yang aku rasa. Rasa menyesal ke sebab kenal kau ? Rasa sedih ke sebab kau buat aku macam ni ? Aku tak tahu.

Aku cuma nak cakap. Terima kasih untuk semua. Apa-apa lah yang kau dah buat kat aku. Aku ucap terima kasih termasuklah kau dah sakitkan hati. Tahniah ! Kau dah berjaya buat aku sakit hati. Aku masih boleh senyum walau hakikatnya hati aku sakit. Sakit sangat.


mengenalimu satu kebetulan
merinduimu satu keajaiban
mengingatimu satu kemestian
menyanyangimu satu keikhlasan
melupaimu satu yang tak mungkinku lakukan... 

apahal ada gambar hati bagai ni . aku bukannya bercinta pon . hmm layan je lahh .


Sekarang aku tak tahu apa yang aku rasa ! 

No comments: