Monday, November 21, 2011

Terima Kasih sebab curi barang aku !!

Dua minggu lepas aku bawa kamera pergi sekolah. Aku tak de DSLR. Aku bawa kamera digital olympus je. Aku letak dalam beg. Lepastu aku tinggal dalam kelas sebab nak pergi perhimpunan dekat surau. Lepas je perhimpunan aku naik kelas. Aku tengok beg aku kamera dah tak de. Sekejap. Dunia aku gelap seketika. Aku tak tipu. Cuak pon ada masa tu. Aku tertanya-tanya mana pergi kamera aku.

Nak cakap spotcheck mustahil la. Tak kan la handphone kawan-kawan aku boleh lepas pulak. Duit member aku hilang pulak tu. Memang la tak banyak tapi kalau dah duit tu berguna kan. Dalam otak aku dah kata kamera aku kena rembat. Duit member aku pon kena rembat. Serius. Kena curi bukan kena rampas.

Aku tak tahu apa motif kau curi kamera aku. Kau rasa mencuri ni bagus ke. Manusia ni macam-macam. Tak boleh nak tengok orang senang sikit. Aku tak kacau kau. Kau jangan la kacau aku. Aku tak curi barang kau. Kau jangan la curi barang aku. Sekarang kat dunia kau buat la apa yang kau suka. Memang aku tak nampak. Tapi Allah nampak dan akan ada balasan untuk orang seperti kau. 


Aku dah malas nak cari sebab memang tak akan jumpa. Tapi aku ada ikhtiar aku sendiri. Kepada manusia yang mencuri tu. "Aku mohon kepada Allah agar Allah buka hati kau tu untuk pulangkan balik kamera aku dengan duit member aku tu. Aku minta supaya Allah lembutkan hati kau agar kau boleh berubah kepada yang lebih baik." 


Aku tahu manusia yang mencuri tu seorang lelaki. Mana aku tahu ? Kan aku dah kata. Aku ada ikhtiar aku sendiri. Kalau kau tak nak pulang. Tak pe la. Mungkin lepas ni barang kau pulak yang kena curi.


3 comments:

eiyra said...

saba ea niss .

MissPOKADOT said...

sabar ye kak anis..
t kt belikan DSLR kat akak ! hee :D

anis said...

@eiyra : tahap kesabaran seseorang itu pasti ada had nya kan .

@MissPOKADOT : tengah sabar la ni . hey madu ! baik nye hati kau nak belikan akak DSLR . HAHA