Thursday, November 24, 2011

Terima kasih untuk semuanya - He's one in a million .

Orang tak boleh tengok aku senang. Sumpah aku sedih sekarang. Salah ke nak berkawan? Tu la bercinta zaman sekolah ni. Memang payah. Aku ni nak berkawan je. Bukannya nak ambek pakwe kau tu simpan dalam peti sejuk rumah aku. Tak tepikir langsung la nak amek dia dari kau. *aku SERIUS. 

Tak sanggup nak hilang kawan yang macam dia. Kawan yang boleh buat aku happy. Kawan yang boleh buat aku gelak. Kawan yang boleh buat aku senyum. "Kau sanggup tak kalau kau stop contact dengan dia uhh" Hmm. Serius aku cakap. Aku tak sanggup. Tapi ye lah kan. Kau makwe dia. Siapa lah aku ni. Nak tak nak kena stop la kan. Memang senang kau cakap stop contact dia. Aku yang kawan dia. Aku yang rasa wehh.

Aku pon satu hal gak. Aku yang main dengan api. So pandai-pandai la nak mati kan api tu kan. Aku tak tahu nak cari kawan yang macam dia dekat mana. He's one in a million. Bukan nak cakap apa la kan. Kawan is kawan la kan. Bukannya nak lebih-lebih pon. Mesej yang terakhir baru aku sent tadi. Sedih. Sangat sangat dan sangat sedih.  Aku berharap itu bukan mesej yang terakhir.



Untuk kau : Terima kasih jadi kawan aku ! Terima kasih untuk semuanya ! 

No comments: