Tuesday, November 22, 2011

Who are you to judge ?


Aku boleh terima orang judge aku kalau orang tu dah betul-betul kenal aku. Tapi aku tak boleh terima orang yang tak pernah kenal aku lepastu nak judge aku. Kalau yang positif tak pe la jugak. Ni semua negatif apahal ? 

Bukan nak cakap apa la kan. Orang sekarang pelik. Belum betul-betul kenal dah jugde orang tu bukan-bukan. Apa kata kalau kau duduk semeja dulu dengan orang tu. Borak hohahoha sikit dengan orang tu. Sembang kencang sikit dengan orang tu. Gurau senda sikit dengan orang tu. Lepastu tengok la apa reaksi dia. Baru la kau boleh judge that people tu macam mana kan. 

Ni tak. Kenal pon tak. Baru berlanggar bahu. Dah cakap orang tu kerek. Orang tu hohahoha sikit dengan member-member dia dah cakap orang tu gedik. Orang tu rapat dengan cikgu-cikgu dah cakap kuat mengampu. Whatthefish la. Cuba la fikir positif sikit. 

Aku buat entri ni sebab benda-benda ni berlaku dekat aku. Aku tak tahu la apahal kau nak cakap aku kerek. Padahal aku dah peramah gila *bangga diri. HAHA Mungkin la kan aku memang kerek. Tapi tak payah la nak cakap belakang-belakang. Jumpa aku cakap depan-depan "kau kerek la". Kan senang. Aku boleh change diri aku supaya jadi kurang kerek mungkin lebih penyayang nanti. Hahaha.


No comments: