Monday, November 28, 2011

Words make me silly. Hahaha.

Bila cuti sekolah ni. Masa dengan laptop lebih banyak berbanding masa dengan handphone. Ini serius sebab aku dah tak kisah sangat dengan handphone aku. Nak nak tak de kredit memang aku off handphone tu. Kalau cari aku tak dapat tu call rumah je la ye *tak de sape pon la yang nak call kau Anis.

Bila dah depan laptop ni macam macam la aku bukak dan macam macam jugak la aku jumpa. Kalau dah macam macam yang dijumpa nak berenggang dengan laptop pon susah. *aku jadi batak kalau cuti cuti ni. Masa cuti cuti ni aku banyak jumpa perkataan english yang aku tak pernah tahu ke aku yang kuno sangat ni. Bila bukak twitter lagi la macam macam perkataan yang aku tak tahu.

Perkataan english tu bukan la baru sangat pon cuma dah dipendekkan je. Zaman sms sekarang ni semua nak ringkas je. Sampai sampai aku tak faham dan terpaksa google untuk mengetahui akan maksud itu *jangan gelak. 


BBNU - budak baru nak up
Ni aku dapat dekat twitter. Ni bukan shortform namanya ni. Ni malas gila babeng sampai shortform cenggitu. Pendek gila kot.


Fyi- for your information
Perkataan ni aku biasa jumpa dekat blog la. Mula mula aku jumpa perkataan ni apa jadah la huruf huruf ni. Typing error ke hape ni.

IDK- i dont know
Ni lagi la aku blur. Amende la idk ni. Aku ingat idak ke institusi ape ke. I dont know rupanya. Hampeh =.=

IDC- i dont care
Ni aku jumpa dekat blog kawan aku. Aku ingat dia nak tulis ic tapi ade 'd'. Kiranya aku nak cakap typing error la sekali aku baca i dont care rupanya.

Ada banyak lagi tapi aku dah lupa. Mula mula jumpa perkataan cenggini aku jadi blurr. Sumpah blurr sampai aku rasa nak hempuk je kepala aku ni sebab kalau tengah baca something ada perkataan cenggini mesti aku stuck. Aku berhenti baca. Kalau dah dapat tahu makna nya tu aku sambung la baca balik. Kalau tak jumpa aku tutup terus. Malas jadinya nak baca.

Kadang kadang tu aku rasa perkataan perkataan cenggini buat aku rasa bodoh sangat-sangat sebab aku tak faham. Hahaha.


No comments: