Thursday, December 8, 2011

Budak Kening Lebat


Semua orang mesti ada kawan kan. Macam aku. Aku pon ada kawan jugak. Kalau dah ada kawan ni mesti la kita sayangkan. Lagi lagi kalau kawan tu yang baik dengan kita, sekepala dengan kita , gila gila yang gila sama macam kita. Mesti sayang lebih kan . 

Aku ada kawan tapi kitaorang ni tak sebaya. Muda setahun dari aku. Tapi kitaorang ni macam dah kamceng. Kamceng yang gila gila. Aku tak ingat first time aku kenal dia. Tapi dia boleh ingat first time macam mana kitaorang boleh kenal. Sangat sweet. Hahaha.

  • Aku benci dia sebab dia tinggi sikit dari aku.
  • Aku benci dia sebab dia putih sikit dari aku.
  • Aku benci dia sebab suka agung agung kan gombak.
  • Aku benci dia sebab dia suka semakkan wall facebook aku.
  • Aku benci dia sebab bila chat mesti dia nak kutuk aku.
  • Aku benci dia sebab dia suka pau aku mintak coklat cardbury blackforest.
Banyakkan benda yang aku benci kat dia. Jangan risau. Ini semua joke. Hahaha. Lepasni dah tak de dah orang yang macam kau dekat sam1 tu kan . First impression aku dekat budak ni. Satu je. Aku tengok kening dia. Lebat. Dalam hati dah cakap. Anak anak orang pakistan kot ni. Hahaha. Mula mula tu tak kenal pon dia ni. Member member aku la cakap budak ni peramah. Aku pon test power la kan. Nak tengok ramah ke tidak budak ni. Aku suruh dia beli air. Dia belikan air tu. Dalam hati berkata ''mengikut perintah betul budak ni''. Boleh buat geng ni. Ini bukan buli ye. Saja mintak tolong nak test power. Hahaha.

Sampai sekarang lah aku kawan dengan dia. Yang paling penting nak bagi tahu. Jeng jeng jeng. Kitaorang ni madu ! Madu ? Yess madu ! Madu atas sebab sebab yang tertentu. Mana boleh bagi tahu orang lain kan. Terbongkar nanti habis aku. Malu aku. Siapa nak tengok anak pakistan ni ? Angkat tangan *tak yah angkat la aku bukan nampak pon. Meh kita cekidaut *checkitout gambar dia.



Ni la anak pakistan tu. Lebat kan kening dia? Hehehe.

Nama budak ni Izyan Nazurah. Muda setahun dari aku tapi kalau bercakap kalah nenek aku. Membebel je. Hey madu ! Nanti kalau aku rindu kau macam mana ? Nanti kalau aku nak makan kinder bueno macam mana ? Nanti kalau aku nak makan coklat cardbury black forest macam mana ? Nanti kalau aku nak mencapap aku nak pergi kelas mana ? Nanti kalau aku nak mintak tolong belikan air macam mana ? Nanti kalau nak gosip gosip macam mana ? Banyak nya nanti aku. Banyak nya macam mana aku. Hmm. Lantak la. 

Lepas ni mesti aku rindu kau. Rindu sangat sangat. Kau jangan lupa kan aku tau Yan. Nanti aku mesti sedih bila kau dah lupa aku. Kau rajin rajin kan la diri semakkan wall aku tu ye. 

Ikhlas dari anisMs untuk Izyan Nazuraa !!


7 comments:

Amirul Syafiq said...

Assalamualaikum. Bagus apa dia agung-agungkan Gombak. Bukan dari segi Batu Cavesnya tapi dari segi Gombak memukau. Cuba kau bayangkan, tanpa orang Gombak di Sabak Bernam macam dia dan aku, mungkin Sabak Bernam boleh hilang keseriannya...

anis said...

Waalaikumsalam. eleh . setakat korang ni . tak de pon tak pe . tak de hilang lah seri tu . hahaha

IzyanNazuraa said...

Hamboi kau, balas dendam nmpk . jangan main2 kau anak pakistan . bapak aku memang keturunan pakistan. tu yang comel je aku nih. haha ! opkos lah aku rindu kau. kau kan Madu aku . semakkan wall kau tuh memang hobi aku lah sis ~

Original CikTeddy said...

sweet je ngn madu dye

anis said...

@izyanNazuraa

hee . bapak kau memang orang pakistan ehh . kau ada karpet free tak nak bagi kat aku . hahaha .

@original cik teddy
memang sweet pon . hahaha

IzyanNazuraa said...

Haha, bapak aku bukan orang pakistan. KETURUNAN je lah. karpet lebih ? tak ade la. semua nak guna.

anis said...

keturunan pon . kira ada kene mengena lah yan .