Saturday, December 10, 2011

Never tired of studying.

Dah berkali kali aku nak update blog ni tapi satu entri pon tak menjadi. Last last nya jadi draft jugak. Minggu ni aku dah start tusyen a.k.a kelas tambahan di kala cuti sekolah. Semangat aku bangun pagi tau. Sebelum ni bangun pagi sembahyang subuh lepas tu sambung balik tidur. Sekarang mana boleh nak sambung sambung tidur ni. Mak aku suruh pergi tusyen. Sebagai anak mak yang sangat comelbaik perlulah mendengar kata kata beliau. Hahaha.

Bila first day tusyen hari tu. Mak aii. Gila stuck la otak aku. Lembab semacam. Lama dah tak pegang buku. Lama dah tak pegang pensil. Lama dah tak pegang pemadam. Tulisan aku yang sememangnya cacing kerawit tu jadi makin kerawit la gayanya. Buruk gila tahap ayam sakit perut sembelit.

Dekat tusyen tu ramai gila student. Ada dalam 50++ orang. Masa cikgu explain sunyi je kelas tu. Maklum la budak budak kat situ ramai yang tak kenal satu sama lain. Menyepi je la gaya nya. Yang aku betul betul kenal pon ada la dalam empat lima orang. Sikit kan. What a sad life. Hahaha.

Bila aku dekat tusyen tu. Rasa lain gila. Tak macam dalam kelas. Aku boleh fokus dalam tusyen tu 97.99%. Haaaa. Jangan tak percaya. Aku gila fokus ni. Aku rasa sebab tak de kawan yang boleh ajak sembang kot. Aku pon malas nak sembang sangat. Aku dengan dunia aku je. Bila aku tak tahu nak jawab baru aku tanya member sebelah. Kalau masa rehat, baru la aku ada dunia dengan kengkawan. Masa rehat tu la budak budak tu baru nak bercakap.

Aku gila gila tak percaya yang aku boleh faham science. Dulu aku tak minat science sebab aku rasa science ni susah. Tapi bila kita dah cakap benda tu susah automatik benda tu akan jadi susah kan. Sebab kita dah set kat mind kita yang benda tu susah. Maka susah la jadi nya. *apa aku merepek ni. harap faham je la ehh.

Bila kita tak minat kat sesuatu subjek tu mesti susah nak score. Sebab aku susah nak score la aku kena sayang science tu. Bila dah sayang apa yang kita belajar tu on the spot masuk otak. Mula mula tu memang susah nak sayang tapi bila kita ada kawan yang support, study group sama, explain mana yang tak faham lama lama benda yang kita tak sayang buat kita bertambah sayang. Tu la guna ada kawan. Bukan setakat nak curah pasal masalah cinta je. Masalah belajar ni pon penting jugak.








No comments: