Thursday, December 22, 2011

Semuanya bergantung pada diri sendiri.

Cuba kira lagi berapa hari nak bukak sekolah. Cuba la kira. Pergi cari kalendar sana. Pastu kira. Hmm. Aku dah kira. 12 hari lagi. Yup. 12 days more to have fun. It looks like nothing, but for me, there's something. Sebenarnya aku rasa tak puas cuti lagi. Sumpah tak puas. Aku rasa macam banyak lagi benda yang aku tak buat. Tahun ni aku 14 tahun. Tahun depan naik setahun. Automatik jadi 15 tahun.

Bila umur dah 15 tahun tu , sure sure lah PMR kan. Serius aku cakap aku tak sedia lagi. Kita memang tak akan bersedia sampai bila bila jika kita sendiri tak bersedia. Tak gitu? Honestly la aku cakap. Aku rasa tercabar gila dengan kakak aku sebab result PMR dia bagus. Memang la tak straight A's. Tapi, dalam rumah ni A dia paling banyak. Aku sendiri tak de A yang macamtu. Aku rasa tercabar jugak bila kakak aku dapat masuk kelas pertama tapi aku hanya kelas kedua. Kelas kedua tu bukan tak bagus. Bagus je. Tapi tak salah kan kalau kita nak yang lebih bagus.

Masa cuti ni mak aku asyik marah aku je sebab kerja aku asyik ngadap laptop je. Facebook twitter blog youtube agame and macam-macam lagi. Nampak tak ? Itu aku. Masa cuti ni aku tak belajar. Belajar masa tusyen hari tu je. Macam mana nak dapat A yang banyak kalau kerja aku asyik macam ni. Kalau tak dapat banyak A nanti nak salahkan siapa? Laptop ? Facebook? Twitter? Blog? Youtube? Nak salahkan tu semua. Tak ! Sebab tu salah aku sendiri. Diri ni yang sibuk nak buat benda yang tak penting tu semua. Diri ni yang sibuk buat benda tak berfaedah tu semua. Diri ni yang sibuk buang masa. Diri ni yang tak hargai masa dengan betul.

Dan sekarang , aku baru menyesal. Dah tak guna. Tinggal 12 hari je lagi nak sekolah. Kau nak cover apa kebenda nya subject form2 kau tu. Dah tak sempat. Tapi kalau dah nekad. Semua benda pon boleh jadi kan. ''nak seribu daya , tak hendak seribu dalih.'' Itu semua bergantung pada diri kita sendiri. Kalau diri kita sendiri yang nak berubah. Senang je. Jangan cakap je. Buat perubahan tu dengan hati yang ikhlas. I'Allah akan jadi.

Point entri aku kali ni adalah pasal MASA. Tapi aku dah lambat baru nak sedar. Aku baca solusi yang edisi ke 24 tak silap, pasal masa. Masa tu sangat sangat sangat berharga. Tak dapat nak ulang masa. Tak dapat nak lambat kan masa. Semua tu tak boleh. Orang yang sebaik-baik nya menggunakan masa adalah orang yang menggunakan masanya untuk beribadah.


Aku nak someone yang boleh push aku tiap kali aku lalai. Aku nak someone yang boleh push aku tiap kali aku lupa. Aku nak someone yang boleh push aku tiap kali aku alpa. Tak perlu pon someone untuk push push ni. Ni semua bergantung pada diri sendiri kan ?



2 comments:

Rihah Asydy said...

aniss da insaf ker...

anis said...

mungkin jugak , hmm , entah la .