Saturday, December 3, 2011

Tension ? Stress ? Tertekan ?

Dalam dunia ni semua orang mesti pernah rasa tension ? stress ? tertekan ? kan kan kan ? *semua sama je ni. Macam aku jugak. Aku manusia biasa. Rasa tertekan apa semua tu mesti ada. Nak kata stress pasal belajar tak de la. Aku ni bukannya rajin sangat pon nak belajar. Stress pasal family pon tak jugak. Family aku semua happening.

Kengkadang rasa stress tu mesti ada jugak kan. Tak kisah la pasal apa. Yang penting stress. Kalau aku nak hilangkan stress. Senang je. Aku pergi dapur. Bukak peti ais. Duduk dekat meja makan. Aku makan la sampai puas. Tak pon aku tidur. Dua benda tu je yang aku selalu buat. Kadang kadang tu aku sumbat telinga aku dengan earphone aku dengar muzik.

Bagi aku kalau aku makan. Aku isi perut tanpa nak fikir apa apa. Macam tu jugak dengan tidur. Lagi best. Tengah tengah tidur mana ada kita nak fikir masalah kan. Bila tidur semua benda kita tinggal. Bangun bangun dah rasa ringan sikit. Tak ada la macam serabut sangat. Kalau dengar muzik. Mesti kita nak nyanyi sama kan. Bila kita tengah nyanyi tu kita dah tak ingat dah masalah kita tu. Kalau ingat pon sikit sikit je la. At least muzik boleh release tension kita.

Tapi bagi aku. Aku ada dua benda yang boleh buat aku betul betul tenang. Sangat tenang. Kalau aku jumpa dua benda tu. Aku dah tak fikir benda lain. First sekali, aku akan rasa tenang bila nampak laut atau pantai. Serius tenang. Nampak laut yang biru biru tu. Cool gila. Sekaligus buat aku jadi tenang yang teramat sangat. Pantai lagi best. Kan ada ombak. Bila aku nampak ombak. Aku rasa macam masalah aku dah dibawa ombak. Hilang macamtu je. Sekejap je dah tenang.

Yang second nya, bila aku nampak sawah padi. Sawah padi kan luas. Tak ada banyak benda. Semua hijau. Lagi lagi kalau nampak bangau atau burung. Rasa macam burung burung tu dah bawa pergi masalah aku. Lagi seronok. Aku rasa sawah padi tu tenang gila. Tak de bising sangat. Kalau bising pon tak ada lah bising sangat macam dekat tengah jalan raya.

Sebab dua benda ni la aku minat warna biru dengan hijau. Dua dua warna ni cool. Aku suka. Banyak barang sekolah aku warna hijau. Banyak baju aku warna biru. Aku rasa cool dengan dua warna ni. Ni semua pendapat aku. Aku tak tahu la orang lain macam mana kan. Setakat ni aku selesa dengan cara aku. Dan sebab cara aku ni la kengkadang berat aku naik tetiba. Sebab lepas makan terus tidur. Pehh. Teruk teruk. Jangan amalkan ye.




1 comment:

! AYIES ZAIMA ! said...

aim sori terpaksa komen sini .
xd shout mix ke ?

anda ditag
http://bintuzainal14.blogspot.com/2011/12/ini-segmen-oleh-cik-honey-ayies-ditag.html