Saturday, January 14, 2012

Hal sekolah ;)

Dah dua minggu sekolah. Setakat ni best je. Seronok pon seronok. Homework pon bukan main lagi. Bersusun siap beratur lagi minta disiapkan. Alhamdulliah kelas aku tahun ni bagus. Budak budak kelas aku semua baik baik. Bila cikgu tak de dorang buat kerja sekolah. Masa mula mula tu aku macam janggal je. Gila lah dorang ni buat homework. Dah semua buat homework tak kan la aku nak memekak sensorang pulak kan. Segan la aku nanti.

Bila ada homework tangan sibuk menulis tapi mulut ni sibuk merungut. Bila homework tak de tangan ni bosan tak tahu nak buat apa, mulut ni sibuk tanya mana la homework. See ? That's me. Bila homework ada sibuk merungut-rungut tapi bila tak de sibuk mintak homework. Hehehe ;)

. . . . . . . . . . 

Pagi tadi ada kejohanan merentas desa. Aku ferqah perdana a.k.a rumah biru. Biru okay. Semangat aku pakai biru biru harini. Baju biru. Jam biru. Bunga biru. Nampak sangat semangat. Hehehe. Dua tahun lepas aku ferqah waja a.k.a merah so aku beli la baju merah dengan kasut merah. Tahun ni dah tukar rumah biru. So beli la baju biru. Nak beli baju tu kira okay lagi la kan tapi tang kasut tu tak kan nak beli baru gak kan. Yang merah ni pon tak terpakai. Nak beli baru lagi, tempah maut la tu dengan abah.

Kalau merentas desa part yang aku paling benci bila kaki melecet. Terjengket jengket aku jalan. Dah pakai stokin tebal pon kaki melecet. Buat hal la kaki ni. 

p/s: sekarang ni tengah tak berapa sihat, asyik batuk je.

2 comments:

Rihah Asydy said...

haha kesian...

anis said...

tolong simpati la , hahaha