Friday, January 27, 2012

Just My Opinion ;)

Hari ni hari Jumaat. Penghulu bagi segala hari. Salam Jumaat ;)

Sekarang ni fesbuk dah macam book of quotes pulak. Semua orang bagi ayat best best, bagi kata kata hikmah, ayat ayat islamik dan macam macam lagi la. Aku tak kisah dengan semua ni sebab aku suka baca semua status tapi yang aku kisah bila ayat ayat islamik yang keluar. Bagi aku kalau korang dah update status pasal ayat ayat islamik ni tapi tak praktikan pon tak guna juga.

Sibuk sangat nak kejar like beribu. Sibuk sangat nak kejar comment beriban. Apahal ? Relax relax sudah la. Tak payah kejar sangat. Kalau dekat fesbuk aku like benda yang aku suka. Tapi kalau contest aku suka mintak orang like kan. Hehehehe. Tak ada adab langsung kan aku ni. Main paksa paksa je.

Sambung balik pasal ayat ayat islamik tu. Dekat fesbuk aku ni ada seorang friend yang mungkin budak sekolah aku. Bukan mungkin tapi ye, pasti. Status sibuk pasal couple dan cinta. Cakap tak suka love. Tak suka cinta. Tak suka couple. Macam macam la dia tulis. Kadang kadang naik muak nak baca. Bukan apa. Memang betul couple tu macam annoying sikit. Ada orang kata haram. Ada kata tak. Heshhh. Aku pon tak faham. Aku takut benda yang dia cakap sekarang nanti, itu yang dia buat.

Memang umur aku baru 15 tapi aku dah rasa apa yang budak tu belum rasa. Muda lagi kot. Hahahaha. Padahal selang beberapa tahun je dengan budak tu. Remaja kan. Biasalah mesti la nak ada feeling feeling sikit. ''kalau tak couple tak cool la''-orang kata. Tapi bagi aku lantak korang la nak buat apa. Jangan susah kan hidup aku sudah.

S-Strong
I-Independent
N-Noticeable
G-Generous 
L-Loving 
E-Enlightened
i'm SINGLE ♥
Single---> sometimes its not good to loving everyone 

2 comments:

Cik Chip Chop said...

sokong 100% yg pasal mengelike tu . buat apa nak keja like beribu tukan ? bukan dapat apa-2 pun :)

anis said...

hehehee . memang tak dapat apa apa pon .