Tuesday, January 3, 2012

Tahun baru. Tahun 2012

Tahun 2011 banyak sangat kenangan.
Tahun 2011 banyak sangat pengalaman.
Tahun 2011 banyak sangat warna warni kehidupan.
Tahun 2011 banyak sangat asam garam kehidupan.
Tahun 2011 banyak mengajar aku erti kehidupan.

Walau banyak mana pon pengalaman aku pada tahun 2011, itu semua dah menjadi kenangan dan akan tetap menjadi kenangan. Walau banyak mana pon kenangan manis aku pada tahun 2011, aku akan anggap sebagai kenangan pahit dan akan kekal sebagai kenangan pahit. Sepahit mana pon kenangan tu aku akan telan jugak dan tak nak ingat semua tu. Mungkin itu kenangan manis tapi itu dulu dan sekarang dah jadi pahit. Pahit sangat sangat dan sangat. Pahit sepahit pahit nya.

Tahun 2012. Tahun baru. Umur meningkat. Tinggi bertambah erk? Berat badan pon bertambah. Hahaha. Tahun ni umur bakal meningkat 15 tahun. Masih remaja bukan warga tua mahu pon warga emas. Tahun ni PMR. Orang kata batch 97 batch terakhir yang ambil PMR. Mungkin susah. Whatthefish ni menakut kan aku. Aku cakap dengan akak aku nak buat azam baru pastu dia cakap. "Sibuk la dengan azam kau tu, kang tak terjalan azam tu tahun baru buat azam baru lagi. Entah pape entah. Menggelabah." Kakak aku memang heartless tak reti nak bagi sokongan dekat aku. Benci ahh camni.


Azam tahun baru aku :-


BERAT BADAN TAK BOLEH LEBIH 50 KG

Ingat aku suka suka buat azam macam ni. Tak de makna nye. Ni abah aku la ni. Dah bagi kuota siap siap dekat aku. Jangan lebih 50kg. Aku ulang jangan lebih. Sekarang ni pon dah 47kg++ Acano nak maintain ni?

SEMOGA TAHUN INI LEBIH BAIK DARI TAHUN-TAHUN YANG LEPAS !!











2 comments:

IzyanNazuraa said...

EH , batch 98 a generasi terakhir. haha :P

anis said...

semangat la kau dengan batch 98 kau tu ,