Friday, February 24, 2012

24 Februari


Hari ni 24 Februari. Bagi aku tarikh tu satu tarikh yang menyakitkan. Really really hurting me. Satu tarikh yang akan mengingatkan aku tentang sesuatu dan akhirnya akan membuatkan aku berasa sedih. Terlalu sedih. Tahun lepas pada tarikh yang sama iaitu 24 Februari 2011. Hari yang sangat mendukacitakan aku. Hari sedih aku. Hari air mata aku. Hari nangis aku. Semuanya sedih.

Tarikh tu adalah hari terakhir nenek aku di muka bumi ni. Hari ni dah cukup setahun. She passed away because an incident. Bila teringat semua semua ni. Sedih :'( Sedih yang teramat sangat. Dari wad kecemasan pergi ke bilik pembedahan lepastu masuk ICU. Nenek koma dalam ICU tu. Tak sedar langsung walau sesaat. Nafas terakhir dia pon dia tak bukak mata. Ya Allah. Sedih bila teringat semua tu.

Lagi sedih tengok nenek dalam ICU tu. Dengan kepala berbalut. "NO BONE" Dahi nenek lembik sebab tempurung dah bawak keluar sebab nak keluarkan darah beku dalam otak. Bertambah sedih sebab banyak sangat wayar wayar dekat badan dengan mulut. Masa tu kalau tengok nenek mesti menangis.

Bila teringat semua ni mesti sedih. Nak nangis. Nak jerit. Nak jumpa nenek. Nak cakap "AKU RINDU NENEK!" Tapi aku tahu ni semua dah takdir. Apa apa pon aku kena terima. Tapi aku rindu sedih hiba sebak semua ada. Tak terungkap rasanya kesedihan tu.


No comments: