Sunday, March 11, 2012

Hobi baru.

Hari Sabtu bersamaan 10 Mac 2012. Aku dan kakak aku telah dilandai bosan yang melampau. Maka dengan lapang hati dan bermanis muka nya, kami telah meringankan jari jemari selari dengan tubuh badan untuk bergambar di bawah terik panas. Agak panas cuaca ketika itu kerana kami keluar bergambar di saat matahari tegak di atas kepala sekitar pukul 12 tengahari. Ini memang kerja gila namanya. 






Gambar ni ditangkap oleh aku. Jelas terpancar muka keanak-anakkan di wajah kakak ku itu. Sebenarnya banyak lagi gambar yang aku tangkap tapi macam malas nak upload. Lambat sangat. Aku ni dah la malas nak menunggu. 




Ini gambar aku. Hanya memakai jersi harimau muda dan seluar trek cheetah serta tudung sarung cap pasar yang beharga 15 ringgit. Tak dilupakan juga beg canon sebagai prop. Sekian terima kasih.

Eh eh eh. Apa kena dengan entri aku kali ni. Konon ayat ayat sastera je. Perosak bahasa betul aku ni. Hehehehe. Sebagai seorang anak muda yang berjantina perempuan hobi menangkap gambar dan ditangkap gambar sangat digemari. Aku juga tergolong dari kelompok itu. 

Sebenarnya aku cuma nak cakap yang aku minat nak tangkap gambar. Sangat sangat dan sangat berminat. Teringin jugak nak jadi photographer tapi skill  aku memang zero. Aku tak tahu langsung pasal fotografi. Teringin nak belajar dari tuan punya blog lensapujangga tapi cuak kot nak cakap kat dia. Sejak ada kamera baru minat untuk menangkap gambar semakin membuak buak. 

p/s : Di setiap gambar pasti ada ceritanya.


3 comments:

Amirul Syafiq said...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Ok, gambar kau dari segi angle dan kedudukan slow-blurring gambar kau. Cuma, kalau kau nak tangkap gambar tu, jangan syok sendiri atau terasa diri tu cun pula. Sentiasa mengamalkan kata-kata Ustaz Haslan yang memberi sikap positif itu iaitu "Awak sedar tak yang awak tu tak cantik?"

Kamarul Ariffin said...

Gambar itu sudah cantik pada pandangan saya,cuma kena tahu 'rules of third ' dalam mempotretkan sesuatu gambar.Saya juga masih belajar dan mencari ilmu, oleh itu jangan 'cuak' jika hendak berguru. Saya ambil ilmu ni pun dari orang yang muda dari saya,ada masa join outing fotografi ataupun ambil sijil kerana ilmu itu di dada,bukan di DSLR...

anis said...

Amirul syafiq : Waalaikumsalam w.b.t . Aku rasa kau ni kalau jadi juri pon boleh. Ada bakat. HAHAHA

Ustaz Kamarul : Terima kasih sudi singgah blog saya dan terima kasih jugak tinggalkan komen yang membina tu.