Saturday, March 17, 2012

Jangan jadi 'orang tu'

Aku suka ada kawan yang kuat mengusik. Sangat sangat suka sebab bila ada kawan yang kuat mengusik ni hidup tak ada la forever alone sangat. Laughing all the time. Itu awesome kan? Aku suka gelak sebab bila kita gelak kita happy. Bila kita happy kita tak sedih. Bila kita tak sedih kita boleh hidup dengan jayanya. Erk ?!

Tapi bila ada orang yang kuat mengusik sangat sangat sangat dan sangat sangat benda tu dah tak jadi kelakar langsung. Benda tu jadi annoying. Menjengkelkan gila. Aku tak boleh la dengan orang orang yang macam ni. Orang yang macam tu dikira penyibuk jugalah. Contoh macam kita update status dekat fesbuk nanti orang tu sibuk sibuk nak komen juga. Mula mula benda tu kelakar tapi lama kelamaan benda tu macam sentap. Orang tu menyakat ataupon bahan membahan yang terlampau sangat sangat. Untuk mengelakkan kita TERmaki or TERkutuk dia better kita stopkan bahan membahan tu.

Aku ni jenis kalau orang tu dah melampau sampai sentap menyentap as fast as light aku akan logout ataupon cakap "Aku ada hal lain nak buat. Jangan kacau aku." Aku takut termaki orang tu kang tak pasal pasal dapat dosa kan.

Entri ni cuma nak bagi tahu kalau jadi orang tu jangan la annoying sangat. Nanti orang lain menyampah dengan awak.

Kepada awak yang annoying sangat sangat tu, get your own life la. Lifeless-.-



2 comments:

Amirul Syafiq said...

Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh. Bila aku baca blog kau ni, aku ingat aku terbuka blog anak Lensa Pujangga punya bila tengok gambar...

anis said...

Waalaikumsalam, heh kau ni ada ke sampai ke situ, lawakla tu -.-