Saturday, March 31, 2012

Penat dan sibuk -.-

Huh -.- *mengeluh*

Minggu ni minggu paling busy dan penat. Busy gila dan penat gila. Hmm. Semuanya gila nasib baik aku tak jadi gila. Isnin dengan Selasa aku join olahraga. Dah dua tahun tinggal olahraga tak sangka ada stamina lagi. Hahaha. Nak dapat medal tu memang harapan je la gayanya tapi kalau dah masuk final tu kira okay la gak kan. Aku masuk dua acara je lari pecut 100m dengan 4x100m. Dua dua masuk final lepastu kecundang kebelakang. Hahaha.
Ni semua budak olahraga yang kebanyakkannya pancit habis. Hahaha. Gila kejam aku. 


"R252"- nombor aku, nombor cantik, nombor luck. Hahaha

Masa hari kedua tu muka memang dah tak rupa muka aku rasa. Muka dah la dah gelap makin gelap jadinya. Ireng habis. Spike aku pon jadi spike hak orang awam. Elok elok ternganga sikit habis jadi rabak macam mulut buaya. Tak pasal pasal jahit hantar kedai. Dah la spike orang. Aku pinjam je. Sebersalah la pulak :(
-Tutup cerita olahraga-

Hari Khamis aku join KAMIL. KAMIL tu Kemahiran Amal Islami tak silap aku. Aku masuk debat bahasa inggeris. First time kot. Memang aku rasa tak ada bakat langsung nak berdebat. Tahun depan tak nak masuk lagi. Cukuplah sekali aku dah insaf. Hahaha. Debat aku dapat nombor dua daripada dua sekolah that's mean aku kalah. Kalah wehh. Kelakar bila ingat balik. Hahaha.

Dari kiri : kak ecah, asilah, aizat, paan, didi, danish, aku.

Gambar masa debat tak ada, gambar ni je yang ada. Aku pakai kain hitam masa tu. Serius rasa macam budak stam. Bajet form6 kejap. Hahaha. Didi tu debat bahasa melayu. Kalau tengok dia debat rasa macam kelakar pulak. Dia semangat gila.

Ni pengurusan jenazah kategori lelaki.

Sekola aku dah pegang tittle juara kali yang ke-sembilan tahun ni. Tak silap aku la. Member aku cakap. Aku iyakan je. Bila dapat tahu juara masa pengumuman tu budak budak sam1 bangun kot sambil tepuk tangan. Khemah tu riuh dengan budak sam1. Saiko kiteorang memang gempak gila la aku cakap. 

Sam1 is the BEST !!










No comments: