Saturday, March 24, 2012

S A K I T !!

Aku manusia yang ada hati dan perasaan bukannya robot yang kaku dan tidak berperasaan. Kadang kadang pendam terlampau dalam pon sakit jugak. Sakit sangat. Bagaikan daun yang nipis disiat siat dengan pisau daging.  Huh perit. Sadis. Tragis. SAKIT!!

Kawan yang aku dah lama kawan dan yang dah lama kenal lebih hampehh dan lebih tak memahami aku berbanding kawan yang baru aku kenal. Satu kenyataan yang SAKIT!!

Orang yang aku fikir akan selalu ada bila aku susah, bila aku sedih, bila aku penat, bila aku down, tapi orang tu tak ada. Orang tu biskut. Sekejap ada sekejap tak ada. Lagi sekali SAKIT!!

Teman yang selama ni baik dengan aku yang selama ni caring dengan aku yang selama ni selalu tanya pasal makan minum aku yang selama ni sibuk tanya aku sihat ke tak. Sekarang dah tak ada. Aku ulang lagi sekali. Tak ada. Ini lagi SAKIT!!

Insan yang aku anggap boleh jadi telinga dan bahu aku hilang. Lenyap. Diam dan terus membisu dan membuat aku tertanya tanya dan terus bertanya. Sampai sekarang belum ada jawapan munasabah yang boleh aku terima. Bila aku teringatkan apa yang dah jadi, sakit tu bertambah SAKIT!!

Kawan itu, orang itu, insan itu, teman itu dah berubah 360 darjah. Perghhh , sakit derr , SAKIT !!

Satu je yang aku nak cakap "Aku Ada HATI".







No comments: