Saturday, March 10, 2012

School holiday and homework -______-

Hari ni dah start cuti seminggu. Budak sekolah mesti seronok. Tipu la kan tak seronok. Aku pon seronok jugak tapi , hmm ada jugak tapi nye ya. Ada jugak yang aku tak seronok. Tak seronok sebab dapat homework yang menimbun banyak nya. Actually bukan homework sangat pon. Banyak kepada kerja kursus. Kerja kursus kalau simple tak pe la jugak. Ni semua complicated. APTB =.='

Aku ni pon baru habis ujian prestasi yang pertama. So far so good la. Apa yang aku dapat untuk ujian kali ni. Aku rasa la kan. Aku rajin sikit. Sikit je la tapi. Tak pernah pernah aku baca buku Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Aku baca kot. Pecah rekod woo.

Lagi satu, baru aku tahu yang aku ni jenis belajar sorang sorang baru fokus. Hehehe. Waktu belajar sorang sorang ni la kita dapat extra fokus sebab kita tak de gangguan dari orang lain. Kalau kita belajar ramai ramai bukan tak belajar tapi nanti banyak sembang dari belajar. Sebelum aku lupa, ni tip penting ni *ececey bagi tip la pulak* jangan belajar sambil texting. Aku penah buat benda ni. Belajar sambil texting. Akibatnya, apa yang aku baca semua macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Kalau dah jadi macam tu mesti kena baca balik buku tu. Bukan ke buang masa nama nya tu. So, better jangan belajar sambil texting. I hope my results better than last year result.

Maka sekarang bermula la percintaan aku antara buku , homework dan kerja kursus.


No comments: