Saturday, March 17, 2012

Whishlist aku :'D

Text debat english? Done. Pendidikan Agama Islam? Done. Folio Pendidikan Jasmani? Almost done. Folio Geografi? Not started yet. Folio Sejarah? Hmm. Ni yang sedih ni, bahan dah ada lepastu hilang dalam pendrive. Serius gua rasa nak nangis :'( Bahasa Arab Komunikasi? Almost done. Serius aku menyesal sebab tak bawa balik kamus melayu-arab tu. Sekali lagi aku rasa emo nak baling bekas pensel kat dinding. Bahasa Melayu ? Not started yet. Aku tak tahu nak mula macam mana and tak tahu nak buat apa. Rasa macam nak hempok buku penulisan tu je kat atas kepala aku.

Malam ni aku semangat betul nak buat homework. Serius semangat. Boleh dikatakan 2/3 dah siap *tarik nafas lega*. Esok boleh la aku buat peguin dance. Hehehe. Dah nak sekolah ni aku rasa macam malas pon ada rasa macam semangat pon ada. Malas sebab aku tak kapur kasut lagi. Semangat sebab aku nak tengok keputusan  ujian prestasi 1 haritu. Semangat la sangat. Heh -.- Target aku untuk UP1 ni tak tinggi cukup la tak ada yang gagal. That's enough for me.

Tahun ni aku ada 1 whishlist. Satu je. I want this :

Go to Makkah
become this :
Go to Makkah 

Faham tak ? Kalau tak faham aku nak cakap ni. Aku nak pergi Mekah. Nak sangat sangat. Nak tengok kaabah. Dapat pergi umrah pon syukur alhamdulillah. Lepas mak cik aku cerita pengalaman dia masa buat umrah rasa macam seronok sangat. Teringin nak pergi.

Ya Allah kau panjangkanlah umur aku agar aku dapat melihat kaabahmu itu.

3 comments:

IzyanNazuraa said...

Anis ! nanti pergi ajak aku tau ? HAHA,

anis said...

ajak kau sampai KLIA je kot , HAHAHA

Amirul Syafiq Putera Muslimin said...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Semua umat Islam nak pergi ke Mekah termasuklah aku. Kita sama-sama doa agar kita dipajangkan umur dimurahkan rezeki untuk ke sana...