Friday, April 20, 2012

Cerita AKU.

Assalamualaikum.

Ehem ehem ehem :') . Agak lama dah tak buat entri baru.  Nampak macam aku ni dah melupakan blog. Tak ada niat nak melupakan blog tapi masa yang tak mengizinkan. Kerja seorang pelajar yang tak lari dari homework dan kelas tambahan. Belum campur latihan bola jaring lagi. Penat. Semua itu penat tapi aku perlu berkorban. Untuk mendapatkan sesuatu kita perlu berkorban. Itu la yang aku pegang selama ini.

Semenjak aku naik tingkatan tiga banyak benda yang aku perlu korbankan. Benda pertama yang aku korbankan adalah masa. Ya, masa. Masa sangat penting sebab masa itu emas. Dulu, masa aku banyak terluang. Aku tak hargai masa itu betul betul. Aku biarkan masa lalu macam tu sahaja. Aku dah terlampau banyak buang masa. Aku selalu buat kerja yang tak patut. Selalu leka dengan televisyen, laptop dan novel.

Aku nak bercerita pasal hobi aku. Aku seorang yang sangat gemar membaca novel. Lagi-lagi novel cinta. Tangkap leleh beb. Dalam hati ada taman ni. Tapi, aku ada satu kelemahan. Bila aku dah baca novel aku terlampau taksub dengan novel tersebut. Ada ketikanya, aku nak novel itu habis dalam satu hari sebab tak sabar sabar nak baca ending novel itu. Bila dah terlampau taksub dengan novel, banyak benda yang aku tinggalkan. Contohnya, kerja sekolah memang aku tolak tepi. Kerja rumah malas malas je aku buat kadang kadang tak buat pon. Hmm. Itu kelemahan aku bila baca novel dan disebabkan ini mak aku tak kasi aku baca novel. Sekarang ni, kalau nak beli novel pon susah.

Tapi sekarang, aku tingkatan 3 dan akan menduduki PMR. Banyak tekanan sebenarnya tapi kalau bijak menguruskan masa tak ada masalah. Semua jadi senang dan mudah. Harapan aku setinggi gunung dan langit tapi usaha aku ciput. Sangat sikit. Aku berazam demi kebaikan aku sendiri, aku nak berubah. BERUBAH! Impian aku semestinya nak straight A's. Bila impian aku dah tercapai, mesti mama dan abah aku tersenyum. Itulah satu satunya cara untuk aku balas jasa mereka.


No comments: